‘Rezekiku…Rezeki Bersama’ – Sempena Menyambut Kedatangan Ramadan | UPM Press
» NEWS » ‘Rezekiku…Rezeki Bersama’ – Sempena Menyambut Kedatangan Ramadan

‘Rezekiku…Rezeki Bersama’ – Sempena Menyambut Kedatangan Ramadan

 

SERDANG, 22 Mei – Kelab Kebajikan dan Rekreasi Penerbit telah mengadakan Pot Luck dengan tema ‘Rezekiku…Rezeki Bersama’ – sempena menyambut kedatangan Ramadan. Ramadan yang penuh dengan keberkatan dan pengampunan dariNYA. Sentiasa bermuhasabah diri untuk berubah menjadi insan yang lebih baik, bukan hanya dalam bulan Ramadan sahaja malah juga selepasnya.

Majlis diadakan di Dewan Penerbit dihadiri oleh semua staf dan berkonsepkan makan hidang berdulang. Majlis dimulai dengan ucapan Pengerusi kelab, Puan Herzadawati Mohd Amjah. Beliau merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua  staf atas kerjasama dan komitment yang padu dalam menjayakan program tersebut. Disusuli dengan ucapan daripada Puan Kamariah Mohd Saidin, Ketua Penerbit dan bacaan doa oleh En Mohd Aris Roslan. Semoga ramadhan yang ditempuhi kali ini, lebih baik daripada ramadhan sebelumnya. Amin! Marhaban Ya Ramadhan…

Date of Input: 18/07/2017 | Updated: 18/07/2017 | lanjoy2006@g.mail.com

MEDIA SHARING

UPM Press
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
SXEUGAF~