New Release | UPM Press

» NEW RELEASE

New Release

Get Our Latest Books Now!   

 

Penulisan Sorotan Kajian dengan Kaedah Matriks

Buku Penulisan Sorotan Kajian dengan Kaedah Matriks memberikan tumpuan terhadap kaedah matriks dalam penulisan sorotan kajian. Dalam proses membahaskan kajian-kajian lepas, pelajar menghadapi cabaran dalam mencari sumber jurnal berilmiah , ketidakpastian dalam pemilihan maklumat yang tepat daripada kajian yang dibaca, tidak dapat mengenal pasti jurang kajian dalam konteks kajian sendiri, dan tidak dapat menulis sorotan kajian yang kemas dalam tesis. Hal ini demikian kerana, mereka perlu mengkritik kajian-kajian lepas untuk menunjukkan keaslian kepada kajian sendiri supaya dapat mencerminkan kesarjanaan dalam bidang penyelidikan. Sehubungan dengan itu, kaedah matriks memudahkan proses penulisan sorotan dengan pembahagian aspek-aspek tertentu yang perlu ditekankan dalam mencari maklumat daripada sumber sorotan. Dalam pada itu, Penulisan Sorotan Kajian dengan Kaedah Matriks dapat membantu semua pelajar kolej dan universiti dalam menulis sorotan kajian bidang linguistik dengan cara tersusun dan bersistematik.

Pengarang: Vijayaletchumy Subramaniam, Zuraini Jusoh, Chew Fong Peng, Siva Perumal

ISBN: 978-967-0035-80-2

Tahun: 2024

RM 56.00

 

Muka Surat: 155

 
 

Debtors' Protection in Small Claims Court - Indonesia, Malaysia and the Philippines

The Small Claims Court in Indonesia, Malaysia, and the Philippines intends to access to justice for marginalized and disadvantaged individuals who have no financial capacity to secure legal assistance and protection. The courts secure the protection of the litigants' rights and fast litigation of cases without the need for legal counsel. The comparison of implementation mechanisms varies among countries to ensure debtor's protection to attain wquitable justice. The similarities, differneces, and feedback from court implementer and part-litigants are valuable sources in improving Small Claims Courts with its best practices and beneficial to other countries.

Pengarang: Glenda E. Feliprada

ISBN: 978-629-7590-61-5

Tahun: 2024

RM 38.00

Muka Surat: 91

 
 

Asas Coaching

Buku ini diterbitkan dengan niat dan tujuan untuk membawa coaching ke dunia penutur bahasa Melayu. Semoga buku ini boleh menjadi bahan rujukan kepada mereka yang memerlukan rujukan tentang coaching. Coaching telah menjadi suatu fenomena dalam dunia korporat. Malangnya penutur bahasa Melayu agak ketinggalan dalam bidang ini. Ia kini menjadi satu kemahiran yang mesti dimilikioleh setiap pengurus mahupun pendidik untuk membolehkan mereka membantu insan lain dalam mencapai potensi diri. Penulis sangat berharap agar bidang kemahiran ini dimiliki oleh ramai orang dan semoga akan dapat membantu membentuk individu, organisasi dan institusi yang cemerlang.

Pengarang: Masni Mustafa

ISBN: 978-629-7590-96-7

Tahun: 2024

RM 40.00

Muka Surat: 100

 
 
 

LabVIEW for Beginners

LabVIEW is a software development environment created by National Instruments (NI. Www.ni.com). Most beginners and scientists can easily learn LabVIEW and complete the projects in a short time. Because LabVIEW's structure rather than lines of text and thus quickly find an error in the code. LabVIEW runs on Windows, OS X (Apple) and Linux platforms. It easily interfaces to many hardwware items like data acquisition and test devices. It can be interfaced with C/C++, VB, Fortran etc. LabVIEW includes hundreds of examples. LabVIEW has support for NI hardware but also different buses and protocols for other equipment. LabVIEW is the best choose for instrumentation in your laboratory. Introduction to LabVIEW expects you to have basic computer skills. If you have some programming experience with other languages (C, Java, Visual Basic etc.) it helps you. If not, don't worry, it is not necessary to know another programming language to create a software in LabVIEW.

Pengarang: Ahmet Mavi, Mehmet Ertugrul

ISBN: 978-629-7590-97-4

Tahun: 2024

RM 135

Muka Surat: 377

 
 
 

Kesan COVID-19 Terhadap Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan

Buku Kesan COVID-19 Terhadap Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan ini adalah impak pandemik COVID-19 kepada manusia seperti kesihatan fizikal dan mental, dan alam sekitar melalui pencemaran alam sekitar sebelum dan semasa COVID-19. Selain itu, cabaran yang dihadapi seperti bekerja dan belajar dari rumah, pengurusan bencana semasa COVID-19, pendedahan manusia membendung dan sebagainya juga turut dimuatkan di dalam buku ini. Terdapat 2- bab yang ditulis oleh penyelidik daripada pelbagai bidang kepakaran dimuatkan di dalam buku ini. Selain dilihat dapat menambah koleksi buku dalam bidang Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, buku ini juga diharap boleh memberi manfaat kepada penulis serta pembaca dari pelbagai peringkat masyarakat.

Pengarang: Sharifah Norkhadijah Syed Ismail, Aida Soraya Shamsuddin

ISBN: 978-629-7590-83-7

Tahun: 2024

RM 70.00

Muka Surat: 230

 
 
   

Wagyu Bukan Sekadar Lembu

'Wagyu' antara lain adalah satu sains penternakan. Wagyu juga adalah satu transformasi budaya dan eknomi. Wagyu membawa nilai ekonomi berbeza bagi penternak dan petani. Wagyu adalah lambang gastronomy perfection atau culinary perfection masyarakat Jepun. Buku ini dihasilkan untuk dijadikan bahan bacaan umum tentang wagyu di mata masyarakat negara kita. Susunan bab dalam buku ini, menjadikan buku ini unik, real dan sebuah sajian berguna. Enak dibaca, seenak hirisan Wagyu. Perkongsian dan pengalaman telah dihuraikan satu persatu dalam buku yang menarik ini. Pengarang sendiri adalah penternak wagyu. Oleh itu, tulisan ini sebahagiannya adalah dari pengalaman beliau sendiri.

Pengarang: Husam Musa

ISBN: 978-629-7590-94-3

Tahun: 2024

RM 52.00

Muka Surat: 102

 
 

Wacana Sastera Sasterawan Negara Siti Zainon Ismail

Buku Wacana Sastera Sasterawan Negara Siti Zainon Ismail ini menghimpunkan lapan makalah ilmiah daripada lapan orang penulis yang menganalisis pelbagai genere saster Siti Zainon Ismail yang meliputi novel, cerpen, puisi, kumpulan pepatah Melayu, dan buku cerita bergambar. Himpunan penulisan ini merupakan kesinambungan kepada program ilmu Wacana Sasterawan Negara Dr. Siti Zainon Ismail yang dianjurkan oleh Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia pada tahun 2019. Setiap daripada makalah ini membawakan pendekatan dan perspektif yang berbeza untuk setiap karya yang diteliti, malah cakupan perbincangan juga sangat luas. Kamariah Kamarudin melihat pengkaryaan Siti Zainon Ismail daripada perspektif Islam, manakala Shamsudin Othman meneliti puisi beliau daripada aspek romantis, sementara Mohd Ridzuan Harun mengaplikasikan salah satu prinsip teori Puitikia Sastera Melayu. Roslina Abu Bakar dan Salmah Jan Noor Muhammad menumpukan kepada aspek komunikasi dan adab dalam berbicara. Dunia 'Siti Kecil' yang warna-warni telah dirungkai nilai pengajarannya oleh Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi. Siti Zainon Ismail juga adalah seorang penyelidik seni budaya Melayu yang menggunakan pendekatan etnografi dalam mengumpulkan data-data kajian di lapangan, aspek ini telah dibincangkan oleh Fazilah Husin. Keluasan bidang yang dicakupi oleh Siti Zainon Ismail yang merangkumi lukisan tidak dipinggirkan daripada penelitian para pengkaji: "Gaya santai lukisan yang dibuat dalam tona hitam dan putih memberikan kesan klasik yang mendalam. Lantaran yang kusam ditambah dengan jalinan-jalinan garisan yang indah, menyerlahkan lagi citra kemelayuannya." (Watak dan Citra Pengumkapan Tampak dalam '100 Pepatah Petitih Melayu', Noor Azizi Mohd. Ali, 2024)

Pengarang: Fazilah Husin

ISBN: 978-629-7590-88-2

Tahun: 2024 

RM 45.00 

Muka Surat: 142

 
 
   

SAPTA Teknik Penulisan Kewartawanan Malaysia

Yee Choy Leong is a multi-discipline researcher in the Menjadi wartawan profesional bererti perlu memiliki keyakinan bahawa kerjaya kewartawanan menjanjikan kemuliaan. Indikator dan kualiti seseorang wartawan profesional itu terletak pada penulisannya. Hakikatnya, kerjaya kewartawanan bukan hanya sebagai pelapor berita, sebaliknya perlu mendidik masyarakat agar semakin berilmu. Sebab itulah tajuk buku ini menggunakan perkataan Sanskrit - SAPTA, yang bermaksud tujuh. Sekali gus mendidik pembaca agar menambah satu lagi perkataan ke dalam perbendaharaan kata sedia ada. Melalui buku ini, ditampilkan tujuh teknik penulisan kewartawanan yang paling dominan sejak dahulu sehingga kini dan barangkali pada masa akan datang.  Terdapat artikel yang memuatkan fakta-fakta yang berat, dan ada pula yang memuatkan fakta-fakta secara santai. Namun, seluruhnya diyakini mampu memperkayakan lagi ilmu dan pengetahuan setiap yang mahu membaca.

Pengarang: Saiful Nujaimi Abdul Rahman

ISBN: 978-629-7590-84-4

Tahun: 2024

RM 30.00

Muka Surat: 145

 
   

NEKAD Mengubah Destini Dengan Izin-Nya

NEKAD Mengubah Destini, dengan Izin-Nya merupakan nukilan pengalaman peribadi kedua-dua penulis. Walaupun berlainan latar belakang, mereka mempunyai persamaan keazaman. NEKAD merentasi pelbagai bentuk cabaran dan ujian untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Mereka sedar, jika diizinkan-NYA, Allah pasti memberi petunjuk dan pertolongan dalam pelbagai bentuk, seperti yang telah dinyatakan dalam Surah At-Taghabun, Ayat 011, yang bermaksud, 'Tidak ada suatu musbah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu". 

Pengarang: Mansor Ahmad, Normah Omar

ISBN: 978-629-7590-98-1

Tahun: 2023

RM 40.00

Muka Surat: 355

 
   

Trees of Our Malaysian Cities

Trees of Our Malaysian Cities contains colour photographs of 172 species of urban tress commonly found in Malaysian cities. This book briefly describes each species and photos of the pertinent tree parts, including the family, common and scientific names, origin and distribution of each species. It also highlights the landscape, medicinal and cultural uses with some common propagation approaches. For ease of reference, an index on scientific and common names was included. A glossary section was provided to clarify further the terms used in this book. This book will be a perfect guide for students, nature lovers, arborists, horticulturists, landscape architects, urban planners, etc., especially on tree species identification and selection for landscape purposes. By writing this book, I aim to heighten the readers' inspiration and appreciation for our Malaysian city trees.H14:H22

Pengarang: Sreetheran Maruthaveeran

ISBN: 978-629-7590-29-6

Tahun: 2024

RM 141.00

Muka Surat: 407

Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh dapatkan buku ini dengan datang terus ke KEDAI BUKU PENERBIT UPM, kedai-kedai buku terpilih atau menerusi pembelian dalam talian (online) menerusi laman web https://www.upmpress.com.my 

  Get Our Latest Books Now!      Kaedah Pemantapan Semangat...more...
F.2025/7/9:14:04:54~noCache