Mengenai Kami | PENERBIT UPM

» MENGENAI KAMI

Mengenai Kami

Penerbit UPM merupakan salah sebuah entiti di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Putra Malaysia. Peranan utama Penerbit UPM adalah menerbitkan buku, jurnal dan bahan penerbitan ilmiah lain yang berasaskan penyelidikan oleh ahli akademik dari dalam dan luar UPM. Mulai 1 Februari 2020, Penerbit telah dinaik taraf menjadi Pusat Penerbit Universiti yang diketuai oleh Pengarah Penerbit. Selain Bahagian Pentadbiran, terdapat Seksyen Perancangan Strategik, Seksyen Editorial dan Pengeluaran, Seksyen Reka Bentuk dan Media Kreatif, Seksyen Jualan dan Pemasaran dan Seksyen Jurnal Pertanika. Penerbit beroperasi dengan pendapatan yang dijana melalui jualan buku yang diterbitkan dan khidmat profesional penerbitan yang ditawarkan kepada pusat tanggungjawab (PTJ) di UPM dan agensi di luar UPM.

Latar belakang sepintas lalu

Ditubuhkan pada tahun 1977 dengan kelulusan Majlis Universiti.

Penerbit adalah sebuah Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang menjana sendiri pendapatan (self-sufficient) melalui jualan buku dan juga khidmat penerbitan yang ditawarkan kepada warga UPM dan juga agensi di luar UPM.

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Selamat datang ke Pusat Penerbit UPM. Penerbit UPM telah...selanjutnya...
Kami akan menyediakan perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam pengurusan penerbitan,...selanjutnya...
Penerbit UPM adalah sebuah penerbit universiti yang aktif dalam aktiviti penerbitan ilmiah...selanjutnya...
Carta Organisasi Penerbit UPM Klik Disini untuk besarkan Imej -> Carta Organisasi...selanjutnya...
WWDbMA7:12:50