Kami menyediakan platform eksklusif kepada mereka yang terlibat dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, seperti pensyarah, guru dan tutor. Kami adalah pakar dalam pengkhususan penerbitan buku akademik, monograf, jurnal, prosiding dan pelbagai jenis penerbitan ilmiah yang lain dengan standard keakuran dari segi dasar dan peraturan penerbitan yang telah ditetapkan oleh badan tempatan mahupun antarabangsa. Ini juga dapat meningkatkan peluang anda untuk mengembangkan ilmu dalam bentuk cetakan dan juga secara maya. Dengan jaringan yang ada, kami juga berkolaborasi dengan penerbit universiti tempatan dan antarabangsa yang lain dari segi pemasaran dan pertukaran maklumat.
Penerbit UPM mempunyai 40 tenaga mahir dan terlatih dalam bidang masing-masing, juga pakar dalam pengendalian prasarana perkakasan dan juga perisian yang digunakan.
Kami menggunakan perisian keluaran Adobe yang terkini; InDesign, Illustrator, Photoshop, Acrobat X Pro, Flash Professional, Dream Weaver, Premiere Pro, Bridge, After Effect, Lightroom dan Final Cut Pro. Selain itu, kami juga menggunakan perisian Microsoft Office, Apple IMovie dan Sound Forge. Dari segi prasarana perkakasan pula, kami menggunakan Apple IMAC untuk reka letak teks. Apple Mac Pro dan Apple IPad untuk multimedia dan grafik.
Kami telah beroperasi lebih dari 15 tahun.
Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kami juga pernah menerbitkan buku latihan dalam bahasa Tamil, bahasa Mandarin, bahasa Jepun, bahasa Sepanyol, bahasa Thai, bahasa Arab dan bahasa Burma. Kami tidak mempunyai sempadan bahasa, dan sentiasa bersedia untuk menerima manuskrip dalam bahasa yang lain.
Selain daripada penerbitan buku fizikal, kami juga menawarkan khidmat cetakan terhad (print-on-demand) untuk kuantiti yang kecil. Khidmat rundingan untuk perkhidmatan yang berkaitan dengan arahan seni sesuatu produk, khidmat fotografi, kain rentang, plakad, e-dokumen, e-book, multimedia, laman web, produksi audiovisual, pengatucaraan majlis, dokumentasi dan produk atau khidmat lain yang berkaitan dengan bahan reka bentuk dan media kreatif.
Melalui pameran bergerak di seluruh negara, seminar, simposium, wacana, ceramah, melalui akhbar, majalah, laman web, cetakan digital dan jaringan sosial media. Penerbit juga menjalin kerjasama pemasaran dengan penerbit universiti lain melalui MAPIM (Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia) serta gedung buku seperti Kinokuniya dan MPH.
Anda boleh mengunjungi kedai buku kami yang beroperasi seperti berikut:
ATAU
Melalui pembelian secara dalam talian menerusi laman web berikut:
http://www.upmpress.com.my
dan Shoppe
Kemaskini:: 03/07/2020 [marlina_is]
Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Bin Hameed Sultan
Pengarah
Penerbit Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM, Serdang Selangor