Piagam Pelanggan | PENERBIT UPM
» MENGENAI KAMI » Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Kami akan menyediakan perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam pengurusan penerbitan, pemasaran buku, reka bentuk dan pelaksanaan program penerbitan. Perkhidmatan kami akan berdasarkan amalan terbaik penerbitan menepati konvensyen antarabangsa yang ditetapkan dengan mengambil kira kehendak ahli akademik, pelajar dan masyarakat umumnya.

Dalam melaksanakan tugas dan fungsi berikut, kami berikrar akan:

  1. Memastikan pertanyaan tentang penerbitan dan proses yang  berkaitan melalui faks dan e-mel dilayan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

  2. Memastikan pencapaian 80% skala 4 dan 5 kepuasan pelanggan bagi keberkesanan pengurusan penerbitan.

  3. Memastikan bayaran jualan buku yang diterima di kaunter sama dengan resit yang dikeluarkan untuk pelanggan.

  4. Cadangan awal reka kulit buku ilmiah siap dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas terima tugasan.

  5. Memastikan emel penerimaan penerbitan manuskrip dihantar dalam tempoh 2 hari bekerja daripada tarikh penerimaan bukti bayaran dan hak cipta.

Kemaskini:: 24/05/2023 [marlina_is]

PERKONGSIAN MEDIA

SXDdHAe~