Buku Dalam Dunia Kanak-Kanak | PENERBIT UPM
» ARTIKEL » Buku Dalam Dunia Kanak-Kanak

Buku Dalam Dunia Kanak-Kanak

Perkembangan bahasa merupakan proses interaksi kanak-kanak dengan buku secara spontan serta kaedah yang unik dan bersesuaian menggunakan buku dalam bilik darjah prasekolah. Perkembangan bahasa menjurus kepada interaksi buku dan rakan sebaya ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menerokai buku mengikut citarasa mereka untuk mencuba membaca dan untuk mengenali konsep membaca bersama rakan sebaya. Penggunaan kaedah perbualan peribadi, berhubungan dan imaginatif oleh kanak-kanak semasa interaksi dikaitkan dalam kosa ilmu dengan perkembangan aspek kreatif atau “estetika” dalam membaca. Aspek membaca yang dianggap penting oleh pengkaji dan ahli teori rangsangan literasi bertujuan untuk perkembangan bahasa kanak-kanak. Justeru faedah utama perkembangan bahasa melalui interaksi buku dan rakan sebaya ialah seolah-olah menjadi cara bagaimana kanak-kanak mencapai kefahaman bersama tanpa perlunya persetujuan. Satu model penglibatan antara subjektiviti dan intersubjektiviti yang berkaitan dengan cabaran dan ketidaksefahaman, bukan hanya akan berakhir dengan persetujuan. Interaksi rakan sebaya yang bersifat konfrontasi jarang berlaku dalam interaksi guru-kanak-kanak dalam persekitaran sekolah. Namun, bagi satu model “penyertaan” antara subjek yang boleh digunakan  iaitu guru dan kanak-kanak dalam bilik darjah, kanak-kanak perlu bebas untuk mencabar guru tentang aspek buku atau proses membaca. Mereka perlu selesa untuk mengawal interaksi buku, sebagaimana ketika bersama rakan sebaya. Tambahan pula, mereka perlu digalakkan untuk bergerak (to flow) antara buku dan tindak balas terhadap buku – untuk berhubung, berimaginasi dan mencabar. Untuk menghasilkan keadaan ini, dewasa perlu memahami dan menghargai “penyertaan tukar bincang” makna intersubjektif semasa kanak-kanak membaca dan secara tidak langsung mengetahui bagaimana untuk menggunakannya dalam bilik darjah.

 

MENGEKALKAN SITUASI SEBENAR TANPA PENGUBAHSUAIAN

Pepatah lama mengatakan aspek keaslian sesuatu benda haruslah dikekalkan tanpa dilakukan pengubahsuaian. Itulah yang akan dikupas oleh buku ini. Buku ini menceritakan kemahiran dan strategi membaca. Aspek utama bukanlah menghuraikan apakah kemahiran dan strategi membaca tetapi bagaimana menggalakkan atau memberi inspirasi untuk membaca. Oleh itu, sebelum kita membicarakan kemahiran strategi membaca, maka penekanan harus dilakukan tentang bagaimana mengekalkan “the main thing is the main thing” atau mengekalkan persekitaran membaca. 

MENGGALAKKAN PELAJAR UNTUK MENJADI PEMBACA

Perkara utama dalam membaca ialah untuk melahirkan pelajar yang mahu membaca. Dalam erti kata lain, memotivasikan mereka untuk membaca. Tetapi bagaimanakah caranya? Prinsip pengajaran secara berterusan mengatakan bahawa “Apa yang dilakukan oleh pelajar adalah kesan dari apa yang mereka fikirkan.” Iaitu, apa yang pelajar lakukan ketika membaca ialah apa yang sebenarnya difikirkan oleh mereka tentang membaca. Contoh, sekiranya ketika membaca sesuatu bahan berbentuk aturan atau panduan, maka mereka akan membuat kesimpulan bahawa mereka perlu memahami panduan atau aturan tersebut.

Tetapi aspek sebenar yang perlu ditegaskan pada pelajar ialah mereka sebenarnya perlulah membaca. Oleh itu, bahan membaca yang sebenar perlulah disediakan pada pelajar. Contoh, apabila pelajar terlalu menghabiskan masa untuk membaca petikan atau teks dengan tujuan memenuhi atau mencapai tujuan, maka pada mereka membaca dapat membantu. Contoh lain, sekiranya pelajar yang menghadapi masalah dan terbaca petikan tentang bagaimana orang lain menyelesaikan masalah yang sama dengan mereka, maka mereka akan menggunakan pendekatan sama. Contoh lain ialah,

i. Apabila pembaca ingin menggunakan permainan video, mereka akan memulainya dengan membaca arahan.

ii. Apabila pembaca ingin maklumat lanjut tentang perkara yang berkaitan dengan mereka, mereka akan membuat bacaan tentang topik yang sama berkaitan dengan perkara yang mereka hadapi.

iii. Apabila pembaca ingin membuat keputusan tentang sesuatu isu semasa, maka mereka akan membaca suratkhabar atau majalah. iv. Apabila pembaca ingin menghabiskan masa senggang dengan membaca, maka mereka akan membaca novel yang popular.

Oleh itu, prinsip utama di sini ialah apa yang pelajar lakukan ketika membaca mengambarkan pengalaman mereka semasa membaca dan mereka menggunakan pengalaman itu untuk memahami kenapa mereka membaca.

Oleh itu, untuk  memotivasikan pelajar supaya membaca:

i. Kita mestilah menetapkan visi atau matlamat tentang apa perkara utama dalam pembacaan itu.

ii. Kita perlu menyediakan tugasan atau aktiviti yang dapat memberi pelajar pengalaman tentang perkara yang utama atau sebenar ketika mereka membaca.

APAKAH YANG DIFIKIRKAN OLEH GURU INI SEBAGAI PERKARA YANG UTAMA?

Aisyah ialah pelajar tahun dua. Gurunya mendapati beliau tidak dapat memahami bagaimana menyebut ‘nyapu’. Oleh itu, guru telah meletakkan Aisyah dalam kumpulan yang lemah membaca dan menyuruh beliau berhenti membaca buku karangan. Aisyah keliru dengan perlakuan guru. Pada beliau perkara utama ialah bebas membaca dan menghayati terus bacaan tapi guru berpendapat sebaliknya. Oleh itu: Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh guru ini kepada beliau? Di sekolah kita diperkenalkan dengan ‘cara membaca di sekolah’ dan bukannya cara membaca yang sebenar. Antara contoh cara membaca di sekolah ialah menyiapkan latihan atau tugasan seperti lembaran kerja yang dikenali sebagai ‘artificial exercises’. Tugasan ‘membaca di sekolah’ diberi kepada pelajar kerana kita beranggapan amalan tersebut adalah penting dan pelajar mematuhi arahan tersebut. Hal yang sama sekiranya kita beranggapan bahawa adalah logik atau perlu pelajar membaca dan menjawab soalan secara berkumpulan. Tetapi ini sebenarnya tidak dapat memotivasikan pelajar untuk membaca kerana ia bukan cara membaca sebenar yang dilakukan oleh pelajar. Hakikatnya, pembaca sebenar melakukan sesuatu dengan hasil pembacaan mereka. Oleh itu, pelajar berfikir membaca adalah penting apabila mereka menggunakan hasil pembacaan untuk mencapai tujuan atau menjawab persoalan yang ingin mereka jawab. Selain itu sebuah tadika yang kodusif juga membantu persekitaran untuk menggalakkan kanak-kanak membaca.

BAGAIMANA GURU MENJALANKAN PEMBACAAN YANG SEBENAR - “REAL READING”

Bilik darjah bukanlah tempat membaca yang sebenar. Tempat membaca yang sesuai adalah terhad. Ini adalah kerana di dalam bilik darjah terdapat terlalu ramai pelajar, terlalu banyak perkara yang hendak dilakukan di dalam bilik darjah, terlalu banyak ujian dan juga arahan atau arahan pekeliling dari pihak atasan. Walaupun banyak rintangan dan cabaran yang guru hadapi, namun guru masih mampu melibatkan pelajar mereka dalam pembacaan sebenar. Terdapat empat aspek yang membolehkan hal ini terjadi:

i. komited terhadap visi utama – membaca

ii. perancangan – asas

iii. penetapan matlamat

iv. pewujudan persekitaran membaca

KOMITED TERHADAP VISI UTAMA – MEMBACA

Untuk menyediakan pelajar dengan tugasan dan aktiviti membaca sebenar, kita sendiri perlu ada visi tentang apa yang kita ‘maksudkan’ iaitu: “Membaca Jambatan Ilmu” atau “Membaca menambahkan Pengetahuan” Kita mesti mempunyai visi tentang bagaimana kita mahu pelajar mengaplikasikan membaca dalam kehidupan mereka. Visi merupakan pandangan tentang aspek utama dalam pembacaan. Mempunyai visi dapat membantu kita mengenalpasti tugasan bacaan bagaimanakah yang patut anak-anak kita ceburi iaitu tugasan yang dapat memberi mereka pengalaman bila kita mengatakan “membaca itu menambahkan pengetahuan”.

CONTOH PANDANGAN GURU TENTANG VISI MEMBACA

Visi seseorang guru dapat memberi sinar kepada masa depan pelajar. Ini adalah kerana guru menghargai atau memahami bagaimana pentingnya membaca dalam konteks dunia sebenar.

i. Ada di antara guru melihat ‘membaca’ sebagai sesuatu yang dapat memberi kuasa.

ii. Ada guru melihat ‘membaca’ sebagai satu elemen yang dapat memperbaiki situasi sosial.

iii. Ada juga guru melihat ‘membaca’ sebagai satu cara untuk membantu memperbaiki aspek kemanusiaan dan melibatkan pelajar.

iv. Guru juga melihat ‘membaca’ sebagai satu alat yang membantu pelajar lebih memaham konteks apa yang di baca.

  • Artikel ini diambil dari buku terbaharu terbitan Penerbit UPM iaitu BUKU DAN KANAK-KANAK  ditulis oleh SAAYAH ABU. Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh dapatkan buku ini dengan datang terus ke KEDAI BUKU PENERBIT UPM, kedai-kedai buku terpilih atau menerusi pembelian dalam talian (online) menerusi laman web http://www.upmpress.com.my 

 

Saayah Abu

ISBN: 978-967-344-780-2

2019

RM54.00

177 Muka surat

 

Tarikh Input: 04/10/2019 | Kemaskini: 07/10/2019 | lanjoy2006@g.mail.com

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
SXERFA4~