Penyediaan Dan Penyerahan Manuskrip | PENERBIT UPM
» EDITORIAL » Penyediaan dan Penyerahan Manuskrip

Penyediaan dan Penyerahan Manuskrip

Manuskrip yang dihantar hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

  1. Manuskrip ditaip dalam format Microsoft Word.
  2. Jenis fon Times New Roman/saiz fon 12/langkau dua baris (double spacing).
  3. Fail diasingkan mengikut pecahan bab.
  4. Bagi manuskrip yang mempunyai gambar/ilustrasi, perlulah:
  • Disertakan dalam folder berasingan
  • Format JPEG (150 - 300 dpi) atau (saiz HD 1280 x 720/Full HD 1920 x 1080)
  • Beresolusi tinggi (maximum quality)
  • Gambar/Ilustrasi yang diambil daripada mana-mana sumber perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak berkenaan
  1. Format menyusun rajah adalah seperti berikut:
  • Rajah hendaklah disertakan dalam folder berasingan
  • Kapsyen hendaklah diletakkan di bawah rajah
  • Penomboran dibuat mengikut bab (cth: Rajah 1.2, Rajah 2.1, Rajah 3.1)
  1. Format menyusun jadual adalah seperti berikut:
  • Jadual hendaklah disertakan dalam folder berasingan
  • Kapsyen hendaklah diletakkan di atas jadual
  • Penomboran dibuat mengikut bab (cth: Jadual 1.2, Jadual 2.1, Jadual 3.1)
  1. Bagi buku, bahan teks hendaklah tidak kurang daripada 10 bab dan tidak lebih daripada 12 bab (10 < X < 12) manakala bagi Bab dalam Buku, bahan teks hendaklah tidak kurang daripada 10 bab dan tidak lebih daripada 20 bab (10 < X < 20).
  2. Manuskrip yang telah lengkap hendaklah dihantar dalam bentuk salinan lembut (softcopy) iaitu dalam format Microsoft Word dan PDF.
  3. Semasa penghantaran manuksrip lengkap, pengarang hendaklahmenyertakan butiran berikut:
  • Laporan similarity turnitin di bawah 20%;
  • Borang Penyerahan Manuskrip (OPR/PUPM/BR01) yang boleh dicapai melalui e-ISO UPM.
  • Senarai Semak Penyerahan Manuskrip (OPR/PUPM/SS01) yang boleh dicapai melalui e-ISO UPM.

Kemaskini:: 17/10/2022 [marlina_is]

PERKONGSIAN MEDIA

SXETMA0~