Imbas Kod QR Untuk Pembelian Buku TERIMA KASIH, SRIKANDI | PENERBIT UPM
» ARTIKEL » Imbas Kod QR untuk Pembelian Buku TERIMA KASIH, SRIKANDI

Imbas Kod QR untuk Pembelian Buku TERIMA KASIH, SRIKANDI

Prof. Datin Paduka Setia Dato’ Dr. Aini Ideris merupakan tokoh pemimpin yang berwibawa di Universiti Putra Malaysia (UPM). Sebagai tokoh akademik ulung, beliau telah menerajui UPM di kedudukan yang sangat dinamik pada ketika itu, dikenali diperingkat nasional dan juga antarabangsa. Beliau juga dikenali oleh rakan dan tokoh luar sebagai ahli akademik yang hebat, berpandangan jauh, dan berdedikasi, menjadi mentor kepada ramai pensyarah UPM, juga di luar UPM, serta telah berjaya menerajui antara sebuah institusi pengajian yang terulung di Malaysia.

Bagi mengenang jasa dan menyatakan kebanggaan warga UPM terhadap beliau, maka lahirlah sebuah buku kumpulan puisi khas bagi Prof. Datin Paduka Setia Dato’ Dr. Aini Ideris bertajuk “TERIMA KASIH, SRIKANDI” hasil olahan warga UPM sendiri iaitu Dr. Lim Swee Tin dan Encik Zainal Abdul Kadir. Bagi memudahkan capaian buku berprestij ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, maka Penerbit UPM dengan sukacita mengambil inisiatif membuat kod QR untuk memudahkan rangkaian capaian kepada warga UPM khususnya untuk mendapatkan buku tersebut. MEMBELI SAMBIL BERWAKAF. Hasil daripada pembelian buku puisi ini; 30% akan diwakafkan ke Pusat WAZAN UPM.

Tarikh Input: 17/08/2020 | Kemaskini: 17/08/2020 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
SXDdNAq~