Objektif | PENERBIT UPM
» MENGENAI KAMI » Maklumat Penerbit » Objektif

Objektif

Objektif Penerbit UPM

Penerbit UPM, pada dasarnya bertanggungjawab untuk memperbanyakkan genre penerbitan tanpa mengabaikan fokus utama dalam penerbitan ilmiah berasaskan penyelidikan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang bermutu tinggi. Bahan yang dihasilkan oleh ahli akademik dan sarjana ini bertujuan menambah khazanah ilmu, menyebar pengetahuan dan maklumat untuk manfaat manusia sejagat, di samping mengangkat nama UPM serta menjayakan Matlamat Ke-2 Pelan Strategik UPM iaitu untuk melonjak tahap pencapaian, penyelidikan dan inovasi di peringkat antarabangsa.

Objektif Kualiti

Penerbit UPM merupakan salah sebuah entiti di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi. Sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak pengurusan Universiti, Penerbit UPM beroperasi sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab yang menjana sendiri pendapatan. Oleh itu, selain penerbitan ilmiah, Penerbit UPM juga aktif menawarkan khidmat profesional penerbitan seperti penyuntingan, mereka bentuk, atur huruf dan juga mengurus penerbitan bukan sahaja untuk warga UPM, malahan kepada pihak luar daripada UPM. Selain mengutamakan kualiti, Penerbit UPM sangat menekankan keaslian dan mematuhi konvensyen penerbitan antarabangsa bagi menjamin keunggulan bahan ilmiah yang diterbitkan.  Jangka masa penerbitan tidak melebihi 9 bulan untuk setiap tajuk merupakan sasaran Penerbit UPM dan tanggungjawab ini di pikul secara kolektif dan bersama oleh semua warga Penerbit.

Kemaskini:: 23/06/2020 [marlina_is]

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
B1614871485