Bertanggungjawab merancang, mengatur dan mengurus aktiviti kedai buku; Pameran, Acara, Seminar dan lain-lain
Membangun dan melaksanakan prosedur operasi kedai; serta mengesyorkan dasar berkaitan yang bersesuaian.
Bertanggungjawab dalam menyediakan dan menguruskan belanjawan kedai buku tahunan; mengurus dan menyelenggara rekod perakaunan kedai buku, serta pengambilan, latihan, penyeliaan, dan penilaian personel.
Mengurus fungsi perakaunan dan pemesanan buku, bekalan, dan barangan dagangan yang berkaitan;
Menyusun bahan pengiklanan; serta mengawasi perancangan, pengawasan, dan
penyelenggaraan stok dan inventori.
Menyiapkan pelbagai laporan dan surat-menyurat, menyelesaikan masalah pelanggan yang berkaitan dengan barang dagangan, royalti buku; dan mewakili kedai buku bagi mesyuarat peringkat serantau dan nasional.
PENERBIT UPM
Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Bin Hameed Sultan Pengarah Penerbit Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM, Serdang Selangor