Buku Baharu | PENERBIT UPM

» BUKU BAHARU

Buku Baharu

Dapatkan Buku-buku terbaharu kami di pasaran Sekarang !!

 

The Robot Operating System (ROS) For Agriculture Robots And Automated Systems

The Robots Operating System (ROS) is one of the fastest-growing open-source platforms for Robot system development. However, ROS is limited to indoor robot applications. As such, outdoor robot applications  such as open-field agriculture, search & rescue, ect, cannot benefit from ROS. This book investigates the reasons behind this and presents a solution. The book first introduces ROS and the role it can play for Agriculture, then it explains the technical reasons why ROS is limited to indoor applications. It then presents a set solutions and additions to update ROS and expand its reach to Agriculture automation and other outdoor robot applications.

Sami Salama Hussen Hajjaj

978-967-0035-11-6

Tahun: 2022

RM 72.00

Muka Surat: 160

 
....................................................................................................................................................................
 

Warkah Diplomatik Melayu

Warkah berhias dan warkah emas adalah antara domumen tinggalan sejarah yang sehingga kini masih boleh diakses di institusi-istitusi yang menyimpan khazanah warisan bangsa di serata dunia. Pada zaman kesultanan Melayu dan wujudnya sistem tulisan, warkah menjadi medium perantaraan utama dengan kerajaan-kerajaan lain dan jaga gabenor dari Eropah. Warkah mempunyai struktur penulisannya tersendiri dan dihiasi dengan iluminasi menarik yang terdiri daripada alam flora, haiwan dan juga cakerawala. Menerusi buku ini, pembaca akan dihidangkan dengan pengenalan kepada warkah yang menyentuh mengenai komponen, elemen dalaman dan fizikal, peranan jurutulis istana dan penelitian berkenan warkah. Di samping itu, turut dibincangkan tentang pendekatan dan tatacara filologi, elemen komunikasi interpersonal yang ditemui dalam warkah Melayu serta keragaman bingkisan hadiah diplomatik daripada orang Melayu kepada gabenor Eropah seperti Raffles, Lord Minto dan Baron Van Der Cappellen dalam menjalinkan hubungan atau sebagai penyelesaian kepada permasalahan yang timbul.

Warkah yang kaya dengan kepustakaan ilmu ini tercipta adalah hasil daripada daya fikir, usaha serta ketelitian pihak istana memanifestasi sesuatu khazanah keintelektual terbaik dan berkualiti serta tinggi nilainya. Dengan terbitna buku ini, diharapkan akan dapat menyumbangkan dan menambahkan perolehan ilmu yang pengkajian genre warkah dan seterusnya dalam bidang kesusasteraan Melayu tradisional.

Penulis: Salmah Jan Noor Muhammad

978-967-0035-14-7

Tahun: 2022

RM 60.00

Muka Surat: 123

....................................................................................................................................................................
 

Politik, Etnisiti & Peradaban Malaysia Pasca 2020

Persoalan politik, etnisiti dan peradaban dalam konteks Malaysia pasca 2020 terus menjadi pokok perbahasan yang masih belum menemui titik noktahnya. Pelbagai isu berbangkit dihadapi oleh negara dalam menelusuri cabaran pasca 2020 dalam persoalan ini yang seringkali dibahaskan dari sudut pandang ilmu yang berbeza-beza.

Berdasarkan kepada Sembilan cabaran dalam Wawasan 2020, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju beracuan sendiri yang kukuh dalam aspek politik, etnisiti dan peradaban. Namun, impian ini dikatakan jauh daripada kenyataan selepas berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018 lalu. Keadaan menjadi lebih kritikal apabila berlakunya krisis politik dan krisis kesihatan awam terburuk di negara pada awal 2020 serentak.

Buku ini memaparkan analisis secara akademik dan kritikal mengenai aspek politik, etnisiti dan peradaban yang sememangnya menerima kesan daripada berlangsungnya PRU-14, krisis politik yang menyaksikan  kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH), kemunculan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan berkonsepkan Keluarga Malaysia yang menggabungkan perwakilan daripada parti-parti politik seperti UMNO, BERSATU, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta penularan pandemik COVID-19 yang menjejaskan ekonomi juga kesihatan awam. 

Sebahagian artikal dalam buku ini menggunakan dapatan daripada projek penyelidikan sekali gus mengangkat penulisan ilmiah berasaskan pembuktian. Penerbitan buku ini bermanfaat dan menyumbang kepada kefahaman mengenai perkembangan politik, etnisiti dan peradaban yang berlaku di Malaysia pasca 2020. Pada masa yang sama, penerbitan buku ini dapat memartabatkan lagi kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) khususnya dan di negara amnya.

Editor: Mohd Izani Mohd Zain, Adlina Ab Halim, Mohd Mahadee Ismail

978-967-0035-21-5

Tahun: 2022

RM 92.00

Muka Surat: 328 

....................................................................................................................................................................
 

Hadith Sifat Polemik Takwil dalam Sejarah Teologi Islam

Hadith Sifat adalah istilah untuk setiap hadith yang secara zahirnya menggambarkan seolah-oleh tuhan memiliki sifat-sifat makhluk. Hadith-hadith tersebut misalnya menyebutkan bahawa tuhan turun ke langit dunia setiap malam. Tuhan juga tertawa, berjalan, dan menerima sedekah dengan tapak tangan-Nya. Bagaimana Hadith Sifat sepatutnya difahami telah mencetuskan polemik akidah terpenting dalam sejarah Islam dan melahirkan beberapa aliran seperti Mujassimah, Jahmiyyah, Hanabilah dan Asha’irah. Polemik ini berterusan pada abad moden seiring kemunculan pemikiran Salafi yang berusaha membawa pembaharuan akidah ke tengah mejoriti umat Islam yang berpegang kepada teologi Ash’ari dan Maturidi.

Buku yang berada di tangan anda ini memaparkan kronologi polemik Hadith Sifat sejak abad 2/8 hingga hari ini disertai kajian yang menganalisis aspek-aspek sosiopolitik yang berkaitan dengannya. Buku ini turut membahas kepelbagaian sikap yang dizahirkan oleh ahli hadith dalam menerima dan menolak takwil. Penerbitan buku ini disasarkan kepada semua peminat ilmu Hadith yang berminat mendapatkan perspektif baru, ilmiah dan objektif berkenaan topik penting ini, sekali gus ditujukan sebagai peletak batu asas bagi penyelidikan yang lebih mendalam.

Umar Muhammad Noor

978-967-2989-74-5

Tahun: 2021

RM 52.00

Muka Surat: 252

....................................................................................................................................................................
 

Streptococcosis in Fish

Streptococcosis is an important disease of fish. It is commonly observed in freshwater fish although marine fish have also been reported to suffer from the disease. It is caused by bacterial species from the genus streptococcus and has been reported in many countries, especially in the regions that extensively practicing aquaculture as the  main protein source, such as Asia, Middle East and South American. Many species of Streptococcus have been associated with this disease, but streptococcus agalactiae and S. iniae are the most frequently isolated species from diseased fishes.

This book compiles, describes, and analyses the current literatures on streptococcosis in the fish throughout the world. It involves brief description of the aquaculture industry, selected streptococcus spp. As the causative organism, the prevalence, risk factors and transmission of streptococcosis in fish. The clinico-pathological change and diagnostic techniques for the disease, the economic impacts and control protocols of streptococcosis in the aquaculture industry are also discussed.  

Mohd Zamri Saad, Ina Salwany Md Yasin, Mohammad Noor Amal Azmai, Annas Salleh & Nurliyana Mohamad 

978-967-2989-56-1

Tahun 2022

RM 100.00

242 pages 

 
....................................................................................................................................................................
 

Sokongan Rawatan Pemulihan Penagihan Dadah Menerusi Modul Bimbingan Kepimpinan Kendiri

Buku ini mengemukakan kaedah baharu, iaitu Modul Bimbingan Kepimpinan Kendiri dalam membantu klien yang sedang menjalani proses rawatan pemulihan penagihan dadah dan substans. Matlamat utama bimbingan kepimpinan kendiri adalah:

  • Membantu klien merealisasikan impian menjadi individu berimpak pada pembangunan negara dengan bebas daripada penyalahgunaan dadah, dan
  • Klien kekal dalam pekerjaan atau bidang yang diusahakan.

Buku ini mengandungi Sembilan bab yang memperincikan pelaksanaan Modul Bimbingan Kepimpinan Kendiri secara teori dan praktikal. Ia mudah difahami dan diikuti pembaca kerana gaya penulisan adalah bersifat komunikasi secara lisan.

Buku ini juga merupakan antara buku pertama yang menggabungkan pendekatan terapi Kognitif-Tingkah Laku (CBT) dan Pemprograman Neuro-Linguistik (NLP). Secara keseluruhannya, sebanyak 12 aktiviti dan Latihan kendiri dikongsikan dalam buku ini untuk membimbing klien meningkatkan keyakinan diri, merancang strategi untuk mencapai matlamat, meningkatkan kecemerlangan fizikal dan rohani serta mengubah cara mereka berfikir. Pembaca juga berpeluang memperoleh tujuh kemahiran asas bimbingan dan enam Teknik terapi dalam membantu klien. Disamping itu, panduan pelaksanaan pemantauan aktiviti kendiri klien juga dibekalkan di bab akhir buku ini.

Hanina H. Hamsan, Muslimah Shamsudin & Jasmi Bahrim

978-967-2989-88-2

2022

RM38.00

173 muka surat 

 
....................................................................................................................................................................
 

Pembinaan Tamadun Bangsa di Era Pasca Pandemik: Cabaran dan Harapan

Buku ini merupakan koleksi tulisan Ratna Roshida Ab Razak yang telah diterbitkan dalam akhbar dan majalah. Perbincangan utama buku ini banyak berkisar tentang cabaran yang perlu dihadapi oleh bangsa Melayu dalam proses pembinaan tamadun Malaysia khususnya di era pasca pandemic COVID-19 ini. Pelbagai aspek dan masalah cuba disentuh untuk dirungkai dan dicari jalan penyelesaiannya.

Buku ini dianggap penting kerana ia menyediakan panduan atau manual bagaimana untuk memaknakan kehidupan yang sementara ini dengan terbaik dan menjadikan setiap individu dari rakyat Malaysia sebagai asset dan pemain utama dalam pembinaan tamadun Malaysia. Buku ini boleh menarik para pembaca yang ingin melakukan pembangunan diri agar menjadi seorang warganegara yang mampu menggunakan kehidupan yang dianugerahkan Tuhan dengan terbaik.

Tulisan yang dikongsikan dalam buku ini merupakan usaha ke arah pembinaan sikap dan perilaku yang bertitik tolak dari nilai murni yang didukung dan cara berfikir yang kritis dan kreatif dalam kalangan bangsa Melayu, terutama dari golongan muda yang masih mempunyai ruang pembentukan sikap yang cukup luas. Hal ini amat penting bagi mengubah nasib bangsa Melayu agar bangs akita terus kekal relevan dalam pembangunan negara dan Berjaya berdepan dengan kepincangan dan kebejatan yang boleh menggugat apa jua usaha ke arah itu.

Ratna Roshida Ab Razak 

978-967-2989-93-6

2022

RM 39.00

166 muka surat 

 
....................................................................................................................................................................
 

Terapi Berkuda untuk Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Buku Terapi Berkuda untuk Kanak-kanak Berkeperluan Khas ini sangat berguna kepada warga ibu bapa dan pendidik dalam memberi pendedahan tentang keberkesanan terapi berkuda dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas. Buku Terapi Berkuda untuk Kanak-kanak Berkeperluan Khas mengandungi pengetahuan yang asas tentang terapi berkuda. Terapi ini  boleh dijadikan sebagai suatu alternative moden untuk rawatan dan pemulihan kanak-kanak berkeperluan khas. Diyakini bahawa buku ini dapat membantu warga ibu bapa dan pendidik dalam meningkatkan kesedaran tentang impak terapi berkuda.

Penulis: Vijayaletchumy Subramaniam, Kavenia Kunasegran, Ali Azman

978-967-2989-79-0
Tahun: 2022
RM 15.20
Muka Surat: 56

 
....................................................................................................................................................................
 

Composition and Source Identification of Airborne Particulate Matter in Selected Case Studies in Malaysia

Air pollution has been an issue that the modern world has resolved to a greater extent, it still appears to have considerable influence on the global environment. In many countries with ambitious economic growth targets the acceptable levels of air pollution have been transgressed, resulting in an urban skyline characterised by smog and dust clouds.

This book provides a comprehensive compilation of chapters, in which the investigation of size segregated atmospheric particulate samples and their elemental analysis, meteorological influences on then in several cities in Malaysia, are reported. The book consists of eight  chapters mainly consist of chapters describing the research findings in air quality monitoring and element analysis in three cities in Malaysia. The book seeks to provide reference materials and information to environmental scientists, engineers, researchers and students with the air pollution case studies in these Malaysia cities in previous years.

Editors:Sara Yasina Yusuf, Luqman Chuah Abdullah, M. Rashid Mohd. Yusof, Lim Sun Fong

978-967-2989-84-4
Tahun: 2022
RM120.00
Muka Surat: 253

 
....................................................................................................................................................................
 

Merpati and Permaisuri The Tales of Sarawak Malay

A story will remain a tale if left untold and neglected. This was the sole motivation for the authors to compile, at least for them in their times were their bedtime stories from their greatgrandparents to their grandparents passed for generations. This book as many Sarawak Malay can relate to, most people knew about the history, but, their only half of the stories…

This book like any other folklore books, has their own fantasy. What is fantasy without its legend. The Legend of Merpati dan Permaisuri. The authors documented the narrated histories and collection materials that brought us back to the earlier years of how it all began. It came to their virtue to collate into a book for our future generations to hold onto their roots.

Penulis: Abang Naruddin Zainorin, Shahrul Razid Sarbini

978-967-2989-86-8
Tahun: 2022
RM 80.00
Muka Surat: 106

 
....................................................................................................................................................................

 

 

Kesedaran Pendidikan Alam Sekitar di Malaysia

Buku ini khususnya ditujukan kepada masyarakat Malaysia yang memerlukan bahan berkaitan dengan kesedaran alam sekitar dan pendidikan alam sekitar yang menjadi antara inti pati kepada pembangunan lestari yang diwar-warkan pada masa sekarang. Buku ini datangnya daripada kesedaran untuk menambah bahan-bahan yang lebih berunsur kepada alam sekitar, pendidikan dan seterusnya kesedaran tentangnya. Masyarakat Malaysia yang telah lama merdeka dan secara denamik telah berubah untuk menjadi masyarakat madani yang mengambil berat tentang alam sekitarnya. Masyarakat yang sedar tentang kepentingan alam sekitar secara langsung adalah masyarakat yang sejahtera hidupnya.

Kesemua artikal datangnya daripada penyelidikan dan kajian tindakan yang telah mereka lakukan. Kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar perlu dipupuk di peringkat anak-anak masih kecil lagi. Mereka perlu diberikan pengetahuan yang secukupnya tentang alam sekitar. Ini disebabkan bumi yang mereka diami ini hanya ada satu sahaja dan tiada penggantinya. Alam sekitar ini perlu diuruskan dengan baik untuk kepentingan generasi pada masa hadapan. Justeru, pengetahun untuk memelihara dan memulihara alam sekitar perlu mereka ketahui di samping amalan dan tingkah laku yang positif perlu diterapkan agar alam sekitar ini tidak terus musnah atas tangan mereka sendiri.

978-967-2989-50-9

Penulis:
Hanifah Mahat, Mohmadisa Hashim, Nasir Nayan, Yazid Saleh

RM 62.00

105 muka surat 

....................................................................................................................................................................

 

Isu Pembangunan Menerusi Komuniti

Penulisan bab dalam buku ini adalah hasil usaha dan gabungan kepakaran para pensyarah di Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan (JSKP), Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. JSKP merupakan jabatan yang memberi tumpuan kepada pengajian dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusian serta Pembangunan seperti Antropologi, Sosiologi, Psikologi, Kerja Sosial, Pembangunan Komuniti, dan Pengajian Bandar dan Wilayah.

Buku ini memberi pendedahan kepada pembaca mengenai isu pembangunan yang merentasi pelbagai latar belakang komuniti di Malaysia. Antara isu yang diketengahkan meliputi aspek ekonomi, sosial, politik, psikologi, budaya, kerja sosial serta teknologi maklumat dan komunikasi yang memberi sisi penting dalam membincangkan usaha untuk membangunankan  komuniti. Pembangunan komuniti merupakan satu proses berterusan yang membangunkan komuniti. Kini, pembangunan komuniti dilihat spektrum yang menyeluruh yang akhirnya bermatlamat untuk memberi kesejahteraan hidup kepada komuniti.

978-967-2989-40-0

Editor:
Azlina Mohd Khir, Nobaya Ahmad

RM 75.00

Muka Surat: 288

....................................................................................................................................................................

 

 

BRIS Soil Formation, Properties and Utilisation

Entitled BRIS Soil: Formation, Properties and Utilisation the book is written to describe and discuss the geology of BRIS landscape, formation of BRIS Soils, their physic-chemical properties, classification and management for crop cultivation. The crops include vegetables, kenaf, tobacco, cashew nut, oil palm and rubber. Recent advances in agricultural innovations or agro-technology packages obtained from R&D on BRIS Soils in Malaysia are highlighted. The last chapter concerns with further R&D needed to enhance the productivity of the infertile BRIS Soils for sustainable crop production.

978-967-2989-54-7

Penulis: Shahshuddin Jusop, Khairul Hafiz Mohd Yusoff, Arifin Abdu

RM 70.00

Muka Surat: 153

....................................................................................................................................................................

 

 

English For Kids Introducing Letters Level 1

 

English for Kids is a series comprising of four books. This series has been developed to help children learn English systematically from Beginner, Intermediate and Advanced level. The books contain all sorts of exercises that are essential for proper understanding of the child. Furthermore, they will-versed in English when learning progressively by levels in each series

 

978-967-2395-76-8

 

Penulis: Vijayaletchumy Subramaniam, Sariah Amirin, Kavenia Kunasegran

 

RM 22.60

 

Muka surat: 127

....................................................................................................................................................................

 

 

 

English For Kids Introducing Phonics Level 2

 

English for Kids is a series comprising of four books. This series has been developed to help children learn English systematically from Beginner, Intermediate and Advanced level. The books contain all sorts of exercises that are essential for proper understanding of the child. Furthermore, they will-versed in English when learning progressively by levels in each series.

978-967-2395-77-5

 

Penulis: Vijayaletchumy Subramaniam, Sariah Amirin, Kavenia Kunasegran

 

RM 38.00

 

Muka surat: 227

....................................................................................................................................................................

 

 

English For Kids Introducing Writing Level 3

 

English for Kids is a series comprising of four books. This series has been developed to help children learn English systematically from Beginner, Intermediate and Advanced level. The books contain all sorts of exercises that are essential for proper understanding of the child. Furthermore, they will-versed in English when learning progressively by levels in each series.

 

978-967-2395-78-2

 

Penulis: Vijayaletchumy Subramaniam, Sariah Amirin, Kavenia Kunasegran

 

RM 19.00

 

Muka surat: 94

....................................................................................................................................................................

 

 

English For Kids Introducing Comprehension Level 4

 

English for Kids is a series comprising of four books. This series has been developed to help children learn English systematically from Beginner, Intermediate and Advanced level. The books contain all sorts of exercises that are essential for proper understanding of the child. Furthermore, they will-versed in English when learning progressively by levels in each series.

978-967-2395-79-9

 

Penulis: Vijayaletchumy Subramaniam, Sariah Amirin, Kavenia Kunasegran

 

RM 17.60

 

Muka surat: 84

....................................................................................................................................................................

 

 

Mereka Bentuk Logo Produk Dengan Office Powerpoint

 

Buku Mereka Bentuk Logo Produk dengan Microsoft Office PowerPoint ini diilhamkan hasil daripada aktiviti jaringan khidmat masyarakat di Pusat Komuniti Desa (PKD) Panchor, Muar, Johor. Kami telah mengadakan beberapa program dengan komuniti desa Panchor bermula 2017 sehingga beberapa tahun kemudian sebagai usaha untuk mendekati usahawan dan pengusaha produk desa. Dengan semangat bahawa kemajuan ekonomi juga perlu dirasai oleh masyarakat desa, beberapa siri latihatan pemasaran dengan bantuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah dilaksanakan. Antara latihan terawal ialah mereka logo produk. Pendekatan mencipta logo yang bersesuaian dengan produk dilihat dapat meningkatkan minat para usahawan desa bagi merancakkan aktiviti pemasaran. Pemilihan perisian ini dibuat kerana ia mudah diperoleh dan dipasang (install) pada kebanyakan komputer. Kami berharap buku ini dapat mendorong dan meningkatkan keyakinan dalam merebut peluang pemasaran yang lebih berkesan. Seterusnya, nenberi manfaat kepada masyarakat dalam meningkatkan ilmu dan kemahiran penggunaan ICT.

 

978-967-2989-34-9

 

Penulis:

Masnida Hussin, Asma Zubaida Amri, Hazlina Hamdan, Sazlinah Hasan

 

RM 46.00

 

Muka Surat: 80

 

 

....................................................................................................................................................................

 

 

Kata dan Rupa

 

Kata dan Rupa adalah sebuah naskah Melayu yang mengandungi himpunan lukisan yang bersumberkan peribahasa Melayu. Dengan kata lain ia merupakan pengungkapan peribahasa Melayu dalam bentuk seni tampak. Lukisan ini diolah daripada pengamatan dan pemerhatian penulis/pelukis terhadap naratif dan jiwa Melayu yang kian lama terbelenggu dalam arus pembangunan. Watak yang ditonjolkan adalah intipati kepada budaya dan adat resam Melayu yang menjadi bahasa silam khazanah bangsa. Buku ini diharap akan menjadi panduan dalam memahami peribahasa Melayu secara tampak dan menjadi pemangkin dalam mmahami dan menerokai inti-pati khazanah budaya dan warisan bangsa.

 

978-967-2989-42-4

 

Penulis:

Noor Azizi Mohd Ali

 

RM 76.00

 

Muka Surat: 225

 

....................................................................................................................................................................

 

Impak Program Kredit Mikro Ke Atas Pendayaupayaan Usahawan Mikro Wanita

 

Buku Impak Program Kredit Mikro Ke Atas Pendayaupayaan  Usahawan Mikro Wanita ini ditulis dengan tujuan untuk berkongsi dapatan kajian yang telah dijalanan tentang pendayaupayaan usahawan mikro wanita di Negeri Terengganu. Tidak dapat dinafikan kepentingan sumbangan wanita dalam ekonomi keluarga dan negara. Oleh itu, sejauh mana mereka ini menyumbang kepada ekonomi keluarga dan berdaya upaya sebagai pengusaha perlu difahami.

 

Bagi mengimbangi dan mewarnai penulisan ini supaya lebih menarik, penulis menggunakan bahasa yang mudah, mengelakkan daripada menggunakan konsep atau istilah yang sukar dan penulisan dibantu dengan jadual dan rajah yang mudah dan ringan

 

978-967-2989-63-9

 

Laily Paim, Zumilah Zainalaludin, Askiah Jamaluddin

 

RM 38.00

 

Muka Surat: 165

 

 

....................................................................................................................................................................

 

 

Psikologi Kognitif Ad Din Personaliti dan Teknik Rawatan Kaunseling

 

Psikologi Kognitif Ad Din berteraskan prinsip kesejagatan alam serta kebenaran penerimaan keilmuan kurniaan Allah SWT. Struktur analisis bagi melahirkan konstruk proses kaunseling Kognitif Ad Din berasaskan pendekatan kontekstual-konstruktivis. Sebagai khalifah, seorang insan dituntut sentiasa menjana pertumbuhan swadirinya ke     arah mencari kesejahteraan kesederhanaan untuk diri dan masyarakatnya. Psikologi Kognitif Ad Din juga membekalkan suatu kerangka ruang rujuk untuk kaunselor berdaya menerap susunan qalb, aqal dan nafs dengan menggunakan pemikiran kognitif serta retrofleksi swadiri ke arah analisis martabat masyarakat sebagai konstruk patologi kaunseling.

 

978-967-2989-14-1

 

Penulis:

Othman Mohamed

 

RM 114.00

 

Muka Surat: 185

 

 

....................................................................................................................................................................

 

 

Buku Panduan Imbuhan Bahasa Melayu melalui Teknik GAD

 

Buku Panduan Teknik GAD dibangunkan hasil kajian selama 5 tahun untuk mengetahui penguasaan bahasa dalam kalangan murid di sekolah rendah serta cabaran yang dihadapi oleh warga pendidik semasa menyampaikan pengajaran. Hasil kajian mendapati murid menghadapi masalah yang amat ketara dalam aspek pengimbuhan. Kekurangan pendedahan tentang alomorf menyebabkan murid gagal mengenal pasti kata dasar dalam sesuatu perkataan berimbuhan dan sering melakukan kesalahan ejaan. Justeru, teknik GAD iaitu gabungan grafik, akrostik dan dadu diperkenalkan untuk membantu murid menguasai imbuhan dengan mudah. Teknik GAD merupakan kombinasi keperluan murid dalam memenuhi hasrat pembelajaran abad ke-21 (PAK21). Penglibatan guru sebagai pembimbing  merupakan aspek utama yang ditekankan dalam teknik GAD. Buku ini memperincikan kesilapan lazim dan langkah penyelesaian bagi murid mengatasi masalah tertentu. Oleh sebab itu, buku ini diharap dapat membantu warga pendidik dalam melahirkan generasi yang berpemikiran kritis dan kreatif agar dapat memartabatkan bahasa kebangsaan.

 

978-967-2989-13-4

 

Vijayaletchumy Subramaniam, Mazlan Ismail

 

RM 39.00

 

Muka Surat: 46

 

....................................................................................................................................................................

 

 

Analisis Wacana Strategi Komunikasi Strategi Kesopanan

 

Buku ini dihasilkan berdasarkan keperluan kajian terhadap analisis wacana, strategi komunikasi dan strategi kesopanan. Selain itu, buku ini juga disertakan dengan kajian yang dijalankan dalam kalangan pelajar sekolah rendah, pelajar universiti dan masyarakat setempat.

 

Memandangkan masyarakat di seluruh dunia telah mencapai ke tahap dunia digital, maka buku ini telah memberi peluang kepada pengguna Bahasa untuk mengenal pasti tahap penerimaan teknologi. Justeru, penjelasan tentang model penerimaan teknologi disertakan supaya pengguna

 

978-967-2989-28-8

 

Normaliza Abd Rahim

 

RM 57.00

 

Muka surat: 138

 

....................................................................................................................................................................

 

 

Dual Pet Tracers in Molecular Imaging & Interesting Images

 

This guide comprises up-to-date case-based illustrations on the use of dual tracer molecular imaging, where there is good evidence that patients will benefit from improved disease assessments resulting in altered patient management and outcomes. This book documents the importance of contemporaneous utility of molecular imaging probes utilizing multimodality imaging tools which highlight alterations in cellular changes of various mechanisms that outline common and interesting features of cancer genesis and sequelae of other non-communicable diseases in cardiology and neurology. This book edition also highlights problems and new strategies in diagnosing pediatric diseases utilizing these imaging techniques.

 

978-967-2989-12-7

 

Fathinul Fikri Ahmad Saad

 

RM 95.00

 

Muka surat: 195

....................................................................................................................................................................

 

 

Literasi Undang-undang dalam Pendidikan

 

Aspek perundangan dalam pendidikan begitu penting kepada pendidik. Pendidikan abad ke-21 sering dibayangi dengan konsep pengajaran. Namun sebenarnya, pendidikan adab ke-21 hadir dengan pelbagai risiko dalam aspek perundangan pendidikan. Pendidikan dan undang-undang tidak boleh dipisahkan dalam konteks dunia hari ini. Kedua-dua aspek ini perlu difahami secara bersepadu oleh pendidik untuk kerjaya, moral diri dan kepercayaan. Kesan daripada kurang faham mahupun silap faham terhadap literasi undang-undang oleh pendidik mengundang kepada risiko yang akan memudaratkan diri. Buku ini membincangkan asas literasi yang perlu difahami oleh para pendidik, dan akan memberikan nilai pelengkap kepada pendidik untuk memahami kenteks undang-undang. Proses buku ini telah diadun dengan elemen seperti di dalam bab; Leterasi Undang-undang; Sistem Mahkamah di Malaysia; Tort; Doktrin in Loco Parentis; dan Kewajipan Berjaga-jaga (Duty of Cares). Semoga  buku ini menjadi salah satu panduan kepada pendidik khususnya guru di Malaysia.

 

978-967-2989-58-5

 

Mod Faiz Mohd Yaakod

 

RM 36.00

 

Muka surat: 56

 

....................................................................................................................................................................
 

Cloud Security A Geberak Guide To Secured Computing

This book focuses on concept, implementation, and analysis for those who want to study Cloud security. The Cloud security area is broad and can be studied in wide-ranging perspectives. Therefore, this book provides initial direction to give a better understanding of Cloud security before the further investigation is been studied.

Cloud computing becomes a powerful trend in the development of ICT and its advances as well as commerce and industry fields. The availability of Cloud services by existing Cloud Service Providers (CSPs) already proved its effectiveness in sharing services to a large-scale number of users.

In general, the security aspect required accountable element during data transmission where comprises assurance of obligations to protect the data/information including concerns on who process the data and where the data been stored. Optimistically, this book able to help the readers to gain the scope of Cloud security at glance but comprehensive.

978-967-2989-11-0

Penulis:

Masnida Hussin, Aziah Asmawi, Normalia Samian

RM 32.00

Muka Surat: 97

Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh dapatkan buku ini dengan datang terus ke KEDAI BUKU PENERBIT UPM, kedai-kedai buku terpilih atau menerusi pembelian dalam talian (online) menerusi laman web https://www.upmpress.com.my    

      

WWDbLAh:11:28