“To Be World Standard Organisation”. - Pak Sheikh | PENERBIT UPM
» BERITA » “To Be World Standard Organisation”. - Pak Sheikh

“To Be World Standard Organisation”. - Pak Sheikh

Serdang 11 Mac – Penerbit UPM telah menjemput YBhg. Emeritus Profesor Dato' Dr. Sheikh Omar Abdul Rahman untuk sesi perkongsian ilmu berkaitan pengurusan dan pentadbiran organisasi.

Sesi setengah hari tersebut bermula dari jam 8.30 pagi diadakan di Bilik Bicara, Kedai Buku Penerbit UPM. Sesi perkongsian beliau yang lebih mesra dipanggil Pak Sheikh bertajuk “To Be World Standard Organisation”.

Dalam perkongsian beliau menyatakan bahawa terdapat tiga peranan dalam sesebuah organisasi iaitu orang yang menjadi pemerhati, orang yang menjadikan sesuatu perkara itu berlaku, dan orang yang memikirkan apa yang berlaku.

Menurut beliau, setiap orang perlu mempunyai 6E iaitu ‘expertise’, ‘experience’, ‘energy’, ‘excitement’, ‘empathy’ dan ‘ethics’.  Kata beliau lagi, terdapat tiga sumber kebahagiaan dalam kehidupan iaitu menerima kebendaan, menerima penghargaan dan memberi.

Emeritus Profesor Dato' Dr. Sheikh Omar telah berkhidmat di UPM selama 43 tahun dalam bidang pengajaran dan penyelidikan. Beliau pernah menjadi Dekan Fakulti Perubatan Veterinar dari tahun 1997 hingga 2001 dan Pengarah, Bahagian Perancangan Korporat dari tahun 2009 hingga 2011. Beliau telah dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus oleh UPM pada Mac 2012.

Kini beliau merupakan CEO di SOAR Consultings Sdn. Bhd. dan konsultan prinsipal Questpro Training Services.

 

Tarikh Input: 14/04/2020 | Kemaskini: 06/07/2020 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
SXDcRAo~