SERDANG 27 FEBRUARI - Satu taklimat bagi penggunaan sistem ePress Penerbit UPM telah diadakan di Dewan Taklimat Serdang, Bangunan Canselori Putra, Universiti Putra Malaysia kepada wakil fakulti dan institut.
Sistem ini adalah inisiatif Penerbit dalam usaha menambah baik proses penerbitan buku ilmiah yang sebelum ini menggunakan borang manual bagi penyerahan manuskrip. Melalui sistem dalam talian ini, pengarang boleh menghantar manuskrip dan menyemak perkembangan proses terkini manuskrip tersebut. Pengarang boleh mengakses laman sesawang ePress melalui disini menggunakan pelayar di komputer dan telefon pintar.
Dengan adanya sistem ini, Penerbit menyasarkan peningkatan judul dalam pelbagai bidang daripada pengarang sedia ada dan bakal pengarang bermula pada tahun ini.
Tarikh Input: 05/03/2018 | Kemaskini: 07/09/2018 | marlina_is
Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Bin Hameed Sultan
Pengarah
Penerbit Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM, Serdang Selangor