SERDANG, 3 Mac 2026 – Pusat Penerbit Universiti Putra Malaysia (PUPM) dan Social Science Press (M) Sdn Bhd telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bagi memperkukuhkan kerjasama dalam bidang penyelidikan, penerbitan, dan pembangunan ilmu pengetahuan. Sesi tersebut dihadiri oleh Pengarah PUPM, Prof. Ir Ts Dr. Mohamed Thariq Hameed Sultan, Dr. Puvaneswaran Kunasekaran selaku Timbalan Pengarah Strategik dan Pengurusan Jurnal dan Buku PUPM, serta Naib Presiden Social Science Press (M) Sdn Bhd, Dato' Prof. Dr. Halim Hamat dan Dr. Yao Hai Tao selaku Perunding Kanan Social Science Press (M) Sdn Bhd.
Kerjasama ini bertujuan untuk menghasilkan penerbitan berkualiti tinggi serta menganjurkan bengkel dan latihan melibatkan pelajar dan pensyarah dalam projek penyelidikan. Kedua-dua pihak berharap inisiatif ini dapat memberikan impak positif kepada masyarakat dan memperkasa ilmu pengetahuan di persada antarabangsa.


Tarikh Input: 05/03/2026 | Kemaskini: 05/03/2026 | marlina_is

Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Bin Hameed Sultan
Pengarah
Penerbit Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM, Serdang Selangor