Pusat Penerbit UPM Dan PDRM Jalin Kerjasama Dalam Penerbitan Buku Misi Pengaman PBB | PENERBIT UPM penerbit
» BERITA » Pusat Penerbit UPM dan PDRM Jalin Kerjasama dalam Penerbitan Buku Misi Pengaman PBB

Pusat Penerbit UPM dan PDRM Jalin Kerjasama dalam Penerbitan Buku Misi Pengaman PBB

KUALA LUMPUR, 5 Januari – Bengkel penerbitan buku telah berjaya diadakan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kuala Lumpur sebagai langkah merealisasikan projek penerbitan buku berjudul "Polis Diraja Malaysia: Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu". Penganjuran bengkel ini merupakan usaha sama strategik antara Pusat Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan pihak PDRM bagi merealisasikan penerbitan berimpak tinggi ini. Delegasi Pusat Penerbit UPM telah diketuai oleh Pengarah, Prof. Ir. Ts. Dr. Thariq Hameed Sultan. Turut hadir bersama bagi menjayakan bengkel perbincangan ini ialah dua Timbalan Pengarah, iaitu Dr. Puvaneswaran Kunasekaran dan Dr. Khairunnisak Latiff. Kehadiran barisan pengurusan tertinggi Pusat Penerbit UPM ini mencerminkan komitmen penuh pihak universiti dalam menyokong projek penerbitan berimpak tinggi ini, sekali gus memastikan penghasilan buku tersebut menepati standard penerbitan ilmiah dan profesional yang terbaik.

 

Tarikh Input: 11/03/2026 | Kemaskini: 12/03/2026 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3606
00000000
X, (11:10:58pm-11:15:58pm, 18 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]