Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 | PENERBIT UPM
» BERITA » Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019

KUALA LUMPUR -  Bersempena dengan PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2019 (KLIBF 2019) yang berlansung di PWTC dari 29 April hingga 7 April 2019 Penerbit UPM turut terlibat dengan pelbagai aktiviti. Seperti biasa Penerbit UPM di bawah naungan MAJLIS PENERBITAN ILMIAH MALAYSIA (MAPIM) bersama-sama penerbit universiti-universiti awam di Malaysia telah membuka gerai buku untuk jualan.

Selain dari jualan buku, Penerbit UPM juga akan menganjurkan beberapa siri aktiviti seperti Pelancaran buku terbaharu tahun 2019. Antara buku yang bakal dilancarkan adalah Buku Bingkisan Puteri 3 Negeri; Dr. Kamariah Kamarudin.

Satu sesi demo juga antara aktiviti yang bakal berlangsung iaitu Sesi Demo English Fun with Little Otus pada 6/4/2019.

Pada hari ke dua yang lalu iaitu hari Ahad 31 hb Mac Penerbit UPM membawakan Prof. Emeritus Dato' Dr. Mohamed Ghouse Nasuruddin Penulis buku Traditional Anthropological Performance Healing in Malaysia untuk Majlis Bicara buku beserta dengan persembahan Rebab. 

Penerbit UPM mensasarkan penjualan buku-buku terbaharu dan terkini terbitan UPM di samping buku-buku usahasama di antara Penerbit UPM dan beberapa penerbit luar negara antaranya usahasama bersama Penerbit negara matahari Terbit iaitu Jepun.

https://www.facebook.com/1mapim/videos/644412836029398/ 

 

Tarikh Input: 01/04/2019 | Kemaskini: 27/08/2019 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
SXEUUAR~