Pesta Buku Antarabangsa Di Beijing | PENERBIT UPM
» BERITA » Pesta Buku Antarabangsa di Beijing

Pesta Buku Antarabangsa di Beijing





Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM Press) buat julung julung kali menyertai Pesta Buku Antarabangsa Beijing bermula 25 Ogos hingga 30 ogos 2015 bertempat di Pusat Pameran Antarabangsa China, Shunyi. Pesta buku kali ke-22 ini merupakan yg terbesar di China yang melibatkan penyertaan daripada penerbit-penerbit tempatan dan juga penerbit seluruh dunia. Penerbit UPM merupakan satu satunya wakil penerbit universiti di Malaysia bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta 3 lagi penerbit swasta bernaung di bawah Pavilion Malaysia yg dihoskan oleh Perbadanan Kota Buku. Wakil Penerbit UPM yang menyertai pesta buku kali ini terdiri daripada Ketua Penerbit, Kamariah Mohd Saidin dan Ketua Seksyen Jualan dan Pemasaran,Mohd Rusdy Hasan. Gerai UPM mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung terutama para penerbit luar yg ingin membeli hak penerbitan sesebuah karya utk diterbitkan. Kesempatan yg ada ketika berada di Beijing wakil Penerbit UPM bersama wakil DBP sempat mengadakan kunjungan hormat ke Kedutaan Malaysia di China, China Radio International dan Beijing Foreign Student University.

Tarikh Input: | Kemaskini: | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698851
0397693623
C1576032090