Pusat Penerbit UPM (PPUPM) bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mengadakan perbincangan akhir hari ini bagi melengkapkan proses penerbitan buku Helang Samudera: Perisai Maritim Negara yang bakal diterbit tidak lama lagi.
Dalam mesyuarat ringkas yang berjalan lancar itu, kedua-dua pihak telah menyentuh penilaian dokumen penting dan memfokuskan pada perbincangan akhir penerbitan sebelum diberikan pengesahan untuk proses cetakan. Wakil APMM, Bintara Muda (M) Ismail Yakop, menyatakan penghargaan terhadap sumbangan kepakaran PPUPM dalam bidang penerbitan dan dokumentasi, serta beliau menekankan bahawa jalinan kerjasama ini berupaya menyumbang kepada pemantapan kesedaran awam akan peri penting peranan maritim.
Projek penerbitan buku ini, yang kini berada di peringkat akhir untuk dimuktamadkan, dijangka akan memberikan sumbangan bermakna dalam memperkasa perkongsian ilmu dan memupuk kesedaran awam mengenai landskap maritim Malaysia. Satu pengumuman rasmi berkaitan penerbitan buku ini akan dijadualkan dalam masa terdekat.


Tarikh Input: 14/04/2025 | Kemaskini: 14/04/2025 | marlina_is

Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Bin Hameed Sultan
Pengarah
Penerbit Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM, Serdang Selangor