Penilaian Kendiri EKSA PTJ Peringkat Kedua Di Pusat Penerbit UPM | PENERBIT UPM penerbit
» BERITA » Penilaian Kendiri EKSA PTJ Peringkat Kedua di Pusat Penerbit UPM

Penilaian Kendiri EKSA PTJ Peringkat Kedua di Pusat Penerbit UPM

Serdang, 4 Julai 2024 – Pusat Penerbit UPM telah selesai menjalani proses penilaian kendiri Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) peringkat kedua pada 4 Julai 2024. Proses penilaian yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari ini adalah bagi tujuan Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja sempena Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) bagi tahun 2023/2024.

Penilai yang terlibat dalam sesi ini ialah Puan Marziati Md Din dari Bahagian Audit Dalam dan Encik Naszroul Haqimee Rahmat dari Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Sesi penilaian bermula dengan ucapan pembukaan oleh Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Hameed Sultan selaku Pengarah Pusat Penerbit UPM dan pembentangan oleh En. Md Fairus Ahmad selaku Penyelaras Jawatankuasa EKSA Pusat Penerbit UPM. Penilaian melibatkan tiga (3) kawasan utama iaitu Pejabat Am, Kedai Buku Pusat Penerbit UPM dan Pejabat Penerbitan Jurnal Pertanika. Program ini diharapkan dapat meningkatkan lagi kualiti persekitaran kerja di Pusat Penerbit UPM, selari dengan tema "Persekitaran Kondusif Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti".

Melalui inisiatif ini, Pusat Penerbit UPM akan terus komited dalam memastikan persekitaran kerja yang kondusif dan berkualiti, sejajar dengan misi universiti untuk terus berinovasi dan menyumbang kepada kemajuan ilmu dan kehidupan. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga Pusat Penerbit UPM yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang tinggi semasa penilaian dilaksanakan.

 

 

Tarikh Input: 19/07/2024 | Kemaskini: 19/07/2024 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3606
00000000
X, (03:22:08am-03:27:08am, 10 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]