MELAKA, 1 Julai 2026 – Pengerusi dan Jawatankuasa Induk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pusat Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM) atas sumbangan serta khidmat bakti yang cemerlang selaku Rakan Strategik dalam menjayakan agenda yang telah dirancang.
Sumbangan bermakna ini disuburkan lagi bersempena dengan penganjuran Majlis Taklimat Khas kepada Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, merangkap Penaung Utama Penerbitan Buku dan Dokumentari Mendaulatkan Institusi Raja-Raja.
Majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya pada Rabu, 1 Julai 2026, bertempat di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Pihak jawatankuasa amat menghargai sokongan padu yang diberikan dan berharap agar jalinan kerjasama strategik ini akan terus utuh serta membawa impak yang lebih besar pada masa hadapan.
Tarikh Input: 06/07/2026 | Kemaskini: 06/07/2026 | marlina_is

Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Bin Hameed Sultan
Pengarah
Penerbit Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM, Serdang Selangor