Penerbit UPM Sertai Pesta Buku Antarabangsa Beijing | PENERBIT UPM
» BERITA » Penerbit UPM Sertai Pesta Buku Antarabangsa Beijing

Penerbit UPM Sertai Pesta Buku Antarabangsa Beijing

MOU


Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM Press) buat julung-julung kalinya menyertai Pesta Buku Antarabangsa Beijing bermula dari 25 hingga 30 Ogos 2015 bertempat di Pusat Pameran Antarabangsa China, Shunyi. Pesta buku kali ke-22 ini merupakan yang terbesar di China yang melibatkan penyertaan daripada penerbit-penerbit tempatan dan juga penerbit di seluruh dunia. Penerbit UPM merupakan satu-satunya wakil penerbit universiti di Malaysia bersama-sama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka serta tiga lagi penerbit swasta yang bernaung di bawah Pavilion Malaysia yang dihoskan oleh Perbadanan Kota Buku. Wakil Penerbit UPM ke pesta buku kali ini ialah Ketua Penerbit, Puan Kamariah Mohd Saidin dan Ketua Seksyen Jualan dan Pemasaran, Encik Mohd Rusdy Hasan. Gerai UPM mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung terutama penerbit luar yang ingin membeli hak penerbitan sesebuah karya untuk diterbitkan. Sepanjang berada di sana, wakil Penerbit UPM dan wakil DBP berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke Kedutaan Malaysia di China, China Radio International dan Beijing Foreign Student University.

Tarikh Input: | Kemaskini: | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698851
0397693623
C1571341268