Penerbit UPM Lancar Buku Di PBAKL 2019 | PENERBIT UPM
» BERITA » Penerbit UPM lancar buku di PBAKL 2019

Penerbit UPM lancar buku di PBAKL 2019

KUALA LUMPUR – Penerbit UPM telah melancarkan buku Bingkisan Puteri Tiga Negeri: Sebuah Antologi Cerpen sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 (PBAKL) pada 6 April 2019. Buku ini merupakan hasil karya penulis daripada tiga negara, iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei. Penulis dari Malaysia ialah Prof. Madya Dr. Kamariah Kamarudin daripada Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Ibu Abidah El Khalieqy (Indonesia) dan Puan Norsiah Abd Gapar (Brunei).

 

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Dekan FBMK, Prof. Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad di Reruai MAPIM, Dewan Tun Razak 3, Putra World Trade Centre (PWTC) pada pukul 2.00 petang. Seusai majlis pelancaran, majlis diteruskan dengan Dr. Fazilah Husin, pensyarah FBMK membacakan sedikit petikan daripada salah sebuah cerpen dalam buku tersebut bertajuk Ummi, Tunggu Saya di Christchurch!. Sesi seterusnya ialah bicara buku oleh pembicara jemputan, Dr. Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali daripada Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Ketiga-tiga pengarang turut membicarakan proses penghasilan karya mereka. Diskaun istimewa ditawarkan kepada pengunjung pesta buku pada hari berkenaan sahaja. Pengunjung yang membeli buku tersebut berpeluang untuk mendapatkan autograf pengarang. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Datuk Dr. Zurinah Hassan, Sasterawan Negara.

 

Buku yang memuatkan 15 cerpen ini berharga RM28.00 boleh didapati di Penerbit UPM atau pembelian secara online melalui  disini

 

Tarikh Input: 08/04/2019 | Kemaskini: 10/04/2019 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698851
0397693623
C1576030575