Penerbit UPM Hargai Sumbangan Karyawan | PENERBIT UPM
» BERITA » Penerbit UPM Hargai Sumbangan Karyawan

Penerbit UPM Hargai Sumbangan Karyawan

SERDANG 27 Sept – Penerbit UPM telah menganjurkan Apresiasi Karyawan 2019 bersempena Majlis Perasmian Kedai Buku Penerbit UPM. 

Anugerah tersebut adalah sebagai simbolik pengiktirafan dan penghargaan kepada kepada pengarang buku dan jurnal terbitan Penerbit UPM atas sumbangan ilmu pengetahuan dalam bentuk penulisan karya ilmiah yang memberi manfaat kepada universiti dan masyarakat luar.

Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia. 

Sebanyak lapan kategori anugerah telah dipilih untuk diberikan kepada pengarang iaitu Royalti Tertinggi, Buku Paling Laris, Penulis Pailing Aktif, Penulis Muda Paling Aktif, Fakulti Paling Produktif, Buku Paling Popular, Buku Malar Hijau dan tiga kategori bagi jurnal (Kategori Makalah Terbaik Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, Kategori Makalah Terbaik Pertanika Journal of Science & Technology dan Kategori Makalah Terbaik Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science).

Penerima anugerah Royalti Tertinggi iaitu bagi judul Hang Tuah: Catatan Okinawa ialah Dr. Rohaidah Kamarudin dan Prof. Emeritus Dr. Hashim Musa daripada Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM.

Bagi Buku Paling Laris, terdapat lima judul yang terpilih iaitu Renshucho Bahasa Jepun (Dr. Muhd Alif Redzuan, Prof. Madya Dr. Roslina Mamat, Dr. Sanimah Hussin & Dr. Yamato Eriko, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi); Interactively Speaking (Dr. Ho Sook Wah, Dr. Chan Swee Heng & Prof. Madya Dr. Yap Ngee Thai, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi); Perkembangan Kerjaya: Teori dan Praktis (Prof. Dr. Sidek Mohd Noah, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM); Teknik Belajar Menulis dan Membaca Bahasa Thai (Dr. Norizan Che Su, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi); dan Bahasa Arab Permulaan (Prof. Madya Dr. Ab Halim Mohamad, Dr. Pabiyah Hajimaming & Dr. Muhammad Wan Sulong, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi). 

Prof. Dr. Ahmed Osumanu Haruna daripada Fakulti Sains Pertanian dan Makanan, UPM Kampus Bintulu menerima anugerah Penulis Paling Aktif manakala bagi Penulis Muda Paling Aktif diraih oleh Dr. Sharifah Norkhadijah Syed Ismail daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi mengungguli kategori Fakulti Paling Produktif atas penglibatan paling ramai pensyarah yang menghantar manuskrip untuk diterbitkan dan dijual oleh Penerbit. 

Keris Melayu Semenanjung: Suatu Pengenalan hasil karya Prof. Dr. Abdul Mua'ti@Zamri Ahmad daripada Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi diiktiraf sebagai Buku Paling Popular.

Kategori Buku Malar Hijau diterima oleh tiga pensyarah daripada Fakulti Pengajian Pendidikan iaitu Prof. Dr.  Sidek Mohd Noah (Reka Bentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori dan Praktis), Modul dan Pengendalian Bimbingan Kelompok (Dr. Haji Jamaludin Haji Ahmad) dan Asas Penulisan Tesis, Penyelidikan dan Statistik (Dr. Othman Talib).

Seterusnya bagi jurnal, Kategori Makalah Terbaik Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities diberikan kepada Abd Rahim Abd Samad, Nur Syafiqah A Samad, Mohd Johari Mohd Yusof & Katsuya Tanaka melalui makalah “An Economic Valuation of Urban Green Spaces in Kuala Lumpur City”.

Bagi Kategori Makalah Terbaik Pertanika Journal of Science & Technology, penerima ialah Latifah Saiful Yazan, Nurul  Amira Zainal, Razana Mohd Ali, Muhamad Firdaus Shyfiq Muhamad Zali, Ong Yong Sze, Tor Yin Sim, Banula Gopalsamy, Voon Fui Ling, Sarah Sapuan, Nurulaidah Esa, Aminah Suhaila Haron, Fatin Hannani Zakarial Ansa, Ana Masara Ahmad Mokhtar & Sharifah Sakinah Syed Alwi melalui makalah “Antiulcer Properties of Kelulut Honey Against Ethanol-Induced Gastric Ulcer.”

Kategori Makalah Terbaik Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science diraih oleh makalah Characterization of Phenazine and Phenazine-1-carboxylic Acid Isolated from Pseudomonas aeruginosa UPMP3 and Their Antifungal Activities against Ganoderma boninense hasil tulisan Wong Mui Yun, Lee, K.W., Omar, D., Cheng, G.L.E., Nasehi, A. & Wong, M.Y.

Anugerah ini diharap dapat menjadi pendorong kepada para ahli akademik untuk terus menghasilkan karya yang berkualiti pada masa hadapan.

Tarikh Input: 14/10/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698851
0397693623
C1574203441