BENGKEL TRANSFORMASI TESIS KEPADA BUKU SIRI 1/2024 | PENERBIT UPM
» BERITA » BENGKEL TRANSFORMASI TESIS KEPADA BUKU SIRI 1/2024

BENGKEL TRANSFORMASI TESIS KEPADA BUKU SIRI 1/2024

Selepas kejayaan dan kecemerlangan beberapa siri Bengkel Transformasi Tesis kepada Buku anjuran Seksyen Editorial dan Pengeluaran, Pusat Penerbit UPM (PPUPM) pada tahun 2022 dan 2023, siri baharu 2024 bengkel ini bermula dengan Bengkel Transformasi Tesis kepada Buku Siri 1/2024 yang telah diadakan pada 27 - 28 Februari 2024 (Selasa - Rabu) pukul 9.00 pagi – 5.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), UPM.

Seramai 17 orang pensyarah dari SPE terlibat dalam bengkel siri ini di mana ucapan aluan disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Bany Ariffin Amin Noordin selaku Dekan SPE. Penceramah dan fasilitator bagi bengkel ini adalah terdiri sepenuhnya dari kalangan staf Seksyen Editorial dan Pengeluaran, PPUPM. Matlamat bengkel ini ialah membantu dan membimbing para pensyarah cara mudah menukar tesis kepada format buku ilmiah.

Bengkel ini ternyata mendapat sambutan yang sangat baik dan maklum balas positif dari para peserta. Tahniah untuk Seksyen Editorial dan Pengeluaran PPUPM atas kejayaan menganjurkan bengkel ini dan para peserta yang berjaya menamatkan bengkel dengan penuh komited dan cemerlang.

Tarikh Input: 27/03/2024 | Kemaskini: 27/03/2024 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
SXEXHAp~