PEMERKASAAN STAF PEJABAT TNCPI | PENERBIT UPM
» BERITA » PEMERKASAAN STAF PEJABAT TNCPI

PEMERKASAAN STAF PEJABAT TNCPI

KURSUS PEMANTAPAN DAN PEMERKASAAN STAF PEJABAT TNCPI

Alor Gajah 6 Mac - Satu kursus pemantapan dan pemerkasaan staf pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah diadakan di Kem Permata Resort, Alor Gajah yang menghimpunkan semua entiti di bawah TNCPI termasuk Penerbit. 

Kursus yang berlangsung selama tiga hari sehingga 8 Mac 2020 dipenuhi dengan aktiviti outdoor yang mencabar secara berkumpulan bagi memantap dan memperkasa staf Pejabat TNCPI. 

Kursus yang telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato Dr. Zulkifli Idrus, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Putra Malaysia itu bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dan merapatkan lagi ukhuwah antara staf yang berlainan entiti.

Kursus itu juga turut diisi dengan program Vision Talk oleh YBhg. Tan Sri DrGhauth Jasmon, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti yang  bertajuk "The Necessary Changes Required to Catapult UPM into the World's Top 50 in the Next Decade".  Selain itu, kursus tiga hari ini juga turut diserikan dengan majlis makan malam untuk meraikan staf yang mengikuti kursus ini.

Taklimat persediaan kursus juga diberikan kepada peserta tiga hari sebelum berlangsungnya kursus bagi memberi informasi dan sebagai persediaan awal kepada peserta menghadapi kursus.

Tarikh Input: 01/04/2020 | Kemaskini: 06/07/2020 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
SXETDAL~