PEMANTAPAN STRATEGIK DEMI HALA TUJU PENERBIT UPM 2020 | PENERBIT UPM
» BERITA » PEMANTAPAN STRATEGIK DEMI HALA TUJU PENERBIT UPM 2020

PEMANTAPAN STRATEGIK DEMI HALA TUJU PENERBIT UPM 2020

Serdang 12 Mac - Satu bengkel pemantapan strategik dan penetapan sasaran kerja tahunan Penerbit UPM telah diadakan di Uniputra Golf Club UPM.  Bengkel yang berlangsung selama dua hari tersebut bermatlamat sebagai wadah untuk memantapkan para peserta dengan semangat bekerja secara berpasukan, berintegriti dan berwawasan.

Bengkel tersebut dimulakan dengan kata-kata aluan dan pengenalan oleh Pengarah Pusat Penerbit UPM, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq bin Haji Hameed Sultan.  Antara objektif yang ditekankan dalam bengkel tersebut adalah supaya para pekerja sentiasa mencetuskan idea baharu dan bersemangat menjadi pekerja yang komited khususnya dalam menjalankan kerja penerbitan.

Peserta dibahagikan dalam beberapa kumpulan untuk membincangkan pelan strategik dan penetapan sasaran kerja tahunan bagi Penerbit UPM.  Setiap kumpulan ditugaskan untuk mengadakan perbincangan kumpulan berdasarkan tugasan yang diberikan. Kemudian setiap wakil kumpulan membuat pembentangan dan kesimpulan daripada perbincangan tersebut.

Antara hasil yang diharapkan daripada bengkel ini adalah supaya peserta lebih berdaya saing untuk sama-sama memantapkan proses kerja, meningkatkan kualiti produk Penerbit UPM dan seterusnya menaikkan nama UPM.

Tarikh Input: 14/04/2020 | Kemaskini: 06/07/2020 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
BVMfQ0S:16:52