Pameran Public-Private Research Network 2.0 (PPRN 2.0) Zon Tengah | PENERBIT UPM
» BERITA » Pameran Public-Private Research Network 2.0 (PPRN 2.0) Zon Tengah

Pameran Public-Private Research Network 2.0 (PPRN 2.0) Zon Tengah

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) selaku sekretariat telah menganjurkan Program Taklimat dan Pameran Public-Private Research Network 2.0 (PPRN 2.0) Zon Tengah pada 22 Februari 2023 yang lalu bertempat di Dewan Besar UPM, Serdang.

Objektif utama program ini ialah mengetengahkan kisah kejayaan industri-akademia hasil pelaksanaan projek PPRN terdahulu selain melaksanakan taklimat PPRN 2.0, forum, taklimat insentif geran industri serta menonjolkan kekuatan bidang pertanian dan jaminan keselamatan makanan.

Program ini meriah dengan kehadiran lebih kurang 1,000 orang tetamu termasuk tetamu kenamaan, agensi penerima geran seperti universiti, politeknik dan agensi penyelidikan, warga industri, rakan media dan orang awam.

Pusat Penerbit UPM juga tidak melepaskan peluang menyertai pameran jualan ini. Pelbagai buku terbitan terkini dipamerkan dan dijual kepada tetamu.

Tarikh Input: 19/04/2023 | Kemaskini: 19/04/2023 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
SXEUBAj~