Pameran Leonardo Da Vinci Opera Omnia | PENERBIT UPM
» BERITA » Pameran Leonardo Da Vinci Opera Omnia

Pameran Leonardo Da Vinci Opera Omnia

Kuala Lumpur: Seramai 10 staf Penerbit UPM telah mengadakan lawatan ke Pameran Leonardo Da Vinci Opera Omnia pada 7 Ogos 2019. Pameran yang diadakan di Balai Seni Lukis Negara ini berlangsung dari 17 Julai hingga 15 Ogos 2019.

Sebanyak 17 hasil lukisan paling popular Da Vinci dipertontonkan dalam pameran ini. Kesemua lukisan ini menggunakan teknologi digital yang membolehkan lukisan asal dihasilkan semula dalam kualiti tinggi untuk dibawa ke negara ini. Lebih menarik pameran ini turut memaparkan codex atau teks manuskrip yang dibuat oleh Da Vinci yang mengetengahkan sebahagian daripada kajian dan ciptaan beliau.

Staf Penerbit yang terlibat dalam pameran ini ialah En. Abdul Razak Ahmad, En. Mazlan Jamali, En. Muhammad Rahimi Deraman, Puan Jamak Aton Habi Mahmood, En. Mohd Fikri Abu Bakar, Puan Marlina Ismail, En. Ghazali Abdul Razak, Puan Nurul Shafiza Borhanudin, En. Muhammad Ezham Hussin dan En. Rizuan Abu Zarim.

Tarikh Input: 03/09/2019 | Kemaskini: 06/07/2020 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
SXEUEAy~