Mesyuarat Penerbitan Coffee Table Book (CTB) Jabatan Imigresen Malaysia | PENERBIT UPM penerbit
» BERITA » Mesyuarat Penerbitan Coffee Table Book (CTB) Jabatan Imigresen Malaysia

Mesyuarat Penerbitan Coffee Table Book (CTB) Jabatan Imigresen Malaysia

PUTRAJAYA, 2 MEI - Pusat Penerbit Universiti Putra Malaysia (PPUPM) telah mengadakan satu perbincangan awal bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen baru-baru ini. Mesyuarat ini bertujuan membincangkan arah tuju penerbitan Coffee Table Book (CTB) yang akan mendokumentasikan peranan serta sumbangan signifikan Jabatan Imigresen kepada negara.

Pembentangan awal draf kandungan buku telah disempurnakan oleh Profesor Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq bin Haji Hameed Sultan, Pengarah Pusat Penerbit UPM. Naskhah ini bakal menukilkan sejarah, cabaran, serta pencapaian jabatan tersebut dalam memastikan keselamatan sempadan dan pengurusan pergerakan antarabangsa secara efektif dan berperikemanusiaan.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Encik Ismail bin Mokhtar, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Dr. Muhammad Syahmi bin Jaafar, wakil Bahagian Visa, Pas dan Permit, serta Puan Norlizawaty binti Abdu Samad, wakil Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik.

Penerbitan ini diharap menjadi sarana untuk masyarakat menghargai jasa dan dedikasi pegawai dan anggota imigresen, di samping memperkukuh penghargaan awam terhadap nilai profesionalisme yang diterapkan dalam pengurusan imigresen negara.

Tarikh Input: 21/05/2025 | Kemaskini: 21/05/2025 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3606
00000000
X, (06:12:54am-06:17:54am, 25 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]