MENYAHUT ASPIRASI 9 MEMPERKASA PRAKARSA KESEJAHTERAAN KAMPUS | PENERBIT UPM
» BERITA » MENYAHUT ASPIRASI 9 MEMPERKASA PRAKARSA KESEJAHTERAAN KAMPUS

MENYAHUT ASPIRASI 9 MEMPERKASA PRAKARSA KESEJAHTERAAN KAMPUS

Pusat Penerbit UPM telah menyahut aspirasi Yang Hormat Prof. Dato’ Dr. Mohd. Roslan Sulaiman, Naib Canselor Univesiti Putra Malaysia berkenaan Memperhebat Prakarsa Kesejahteraan Kampus yang merujuk kepada membudaya gaya hidup sihat dan cergas.

Aktiviti yang berkaitan dengan sukan ini disarankan dilaksanakan pada setiap hari Rabu mulai jam 5.00 petang. Sehubungan itu, Pusat Penerbit telah melakukan aktiviti brisk walk di sekitar kampus pada 23 Mac 2022. Aktiviti ini meliputi laluan ke Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Bangunan Pentadbiran, Fakulti Ekologi, Bangunan KEPERTAMA, Fakulti Sains dan kembali ke Pusat Penerbit.

Aktiviti ini disertai oleh YBhg. Professor Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Bin Haji Hameed Sultan yang merupakan Pengarah Pusat Penerbit, ahli pengurusan PTJ dan sebahagian staf Pusat Penerbit.

Dengan menggunakan trademark SPORTS@UPMPRESS, perancangan aktiviti yang akan dilaksanakan adalah berlainan bagi setiap minggu. Aktiviti juga merangkumi aktiviti indoor dan outdoor bergantung kepada keadaan semasa.

Tarikh Input: 24/03/2022 | Kemaskini: 25/03/2022 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
SXEYOAu~