Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih | PENERBIT UPM
» BERITA » Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih

Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih

Penerbit UPM telah meraikan seorang staf yang telah tamat perkhidmatan dan seorang staf yang berpindah ke pusat tanggungjawab lain dalam Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih.

 

Majlis ini di adakan pada 17 Julai 2018 di Restoran L’apprentice, UPM jam 3.00 petang. Majlis yang dihadiri oleh 32 orang staf Penerbit ini meraikan Encik Mahadi Hj. Hassan yang telah bersara pada 11 Julai 2018 dan Encik Khairul Amin Zainal Abdin yang berpindah ke Hospital Pengajar UPM.

 

Warga Penerbit UPM merasa kehilangan dua orang staf yang berdedikasi dan sangat baik hati. Semoga dua orang ‘sahabat’ kami ini memperolehi kehidupan yang lebih baik selepas ini dan sentiasa dipermudahkan segala urusan mereka.

Tarikh Input: 30/07/2018 | Kemaskini: 04/09/2018 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
SXDdRAW~