SERDANG, 16 April 2026 – Pusat Penerbit UPM (PUPM) telah menganjurkan Majlis Persaraan bagi meraikan Puan Sahariah Abdul Rahim @ Ibrahim yang menamatkan perkhidmatan selepas 33 tahun berbakti di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Majlis yang bertemakan “Pengantin Ibu” itu berlangsung meriah apabila Puan Sahariah diarak menaiki buggy khas sambil dirakam menggunakan dron sepanjang perjalanan menuju ke lokasi majlis. Setibanya di lokasi, majlis diteruskan dengan gimik persaraan melalui acara meletupkan belon dan menurunkan bunting khas persaraan. Turut diadakan sesi tandatangan pada kanvas gambar persaraan sebagai kenangan daripada warga PUPM.
Puan Sahariah kemudian diiringi paluan kompang menuju ke dewan jamuan. Dalam majlis tersebut, Pengarah PUPM, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Hameed Sultan (FASc) menyampaikan ucapan penghargaan atas jasa dan komitmen beliau sepanjang perkhidmatan.
Hadirin turut disajikan dengan tayangan video montaj yang memaparkan perjalanan kerjaya dan kenangan manis Puan Sahariah sepanjang berkhidmat di PUPM. Sebagai tanda penghargaan, beliau menerima pelbagai hadiah daripada pihak pengurusan dan warga kerja PUPM.
Majlis ini menjadi simbol penghargaan terhadap dedikasi dan sumbangan besar beliau sepanjang berkhidmat di UPM dan PUPM.
“Selamat Bersara dan Setinggi-tinggi Penghargaan kepada Puan Sahariah Abdul Rahim @ Ibrahim. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan serta kehidupan yang diberkati bersama keluarga tercinta.”
Tarikh Input: 04/06/2026 | Kemaskini: 04/06/2026 | marlina_is

Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Bin Hameed Sultan
Pengarah
Penerbit Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM, Serdang Selangor