Serdang, 10 Oktober 2025 – Pusat Penerbit Universiti Putra Malaysia (PPUPM) telah menerima kunjungan hormat daripada Universitas PGRI Adi Buana, Indonesia, bagi membincangkan potensi kerjasama dalam bidang penerbitan ilmiah antara kedua-dua institusi. Barisan delegasi dari Universitas PGRI Adi Buana diketuai oleh Dr. Untung Lasiyono, bersama Drs. H. Sutijono dan Samsul Khabib. Kehadiran mereka disambut oleh Profesor Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq bin Hameed Sultan (Pengarah PPUPM), Dr. Puvaneswaran Kunasekaran (Timbalan Pengarah), Puan Herzadawati Mohd Amjah dan Encik Muhammad Arif Sambudin. Pertemuan ini merupakan usaha memperkukuh jaringan penerbitan ilmiah melalui perkongsian kepakaran editorial, pembangunan penulisan akademik, serta cadangan kerjasama penerbitan buku dan jurnal antara kedua-dua universiti. Lawatan ini turut menjadi wadah mempererat hubungan strategik antara Malaysia dan Indonesia dalam memperkasa jaringan penerbitan ilmiah serantau yang berdaya saing dan berimpak tinggi.

Tarikh Input: 14/10/2025 | Kemaskini: 15/10/2025 | marlina_is

Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Bin Hameed Sultan
Pengarah
Penerbit Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM, Serdang Selangor