LAWATAN PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI (LPU) UPM KE PUSAT PENERBIT UPM | PENERBIT UPM
» BERITA » LAWATAN PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI (LPU) UPM KE PUSAT PENERBIT UPM

LAWATAN PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI (LPU) UPM KE PUSAT PENERBIT UPM

Serdang, 28 Februari – Pusat Penerbit UPM telah menerima lawatan daripada Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UPM, YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Ibrahim Komoo. Beliau menzahirkan rasa teruja dan bangga dengan peranan yang dimainkan oleh Pusat Penerbit UPM dalam membantu memastikan matlamat UPM tercapai. Semasa lawatan, beliau telah diterangkan mengenai fungsi utama Pusat Penerbit UPM menerbitkan buku ilmiah ialah bagi menyebarkan ilmu pengetahuan dan kajian ahli akademik untuk kesejahteraan sejagat. YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Ibrahim Komoo juga menyokong penuh hasrat Pusat Penerbit UPM yang kini dalam usaha untuk mewujudkan Rumah Cetak.

Selain memfokuskan kepada penerbitan yang sedia ada, beliau mencadangkan agar tumpuan juga diberi terhadap penerbitan penterjemahan yang bersesuaian. Melalui lawatan ini, beliau berasa teruja dengan pencapaian jualan buku secara atas talian sejajar dengan perkembangan teknologi terkini. Selepas mengadakan perbincangan ringkas bersama ahli Pengurusan Pusat Penerbit UPM, beliau dibawa melawat ke Kedai Buku UPM dan lawatan ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama semua staf Pusat Penerbit UPM.

Tarikh Input: 03/04/2023 | Kemaskini: 05/04/2023 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
SXEaLAx~