Lawatan Kerja Ke Syarikat Vizoflux Sdn Bhd | PENERBIT UPM
» BERITA » Lawatan Kerja Ke Syarikat Vizoflux Sdn Bhd

Lawatan Kerja Ke Syarikat Vizoflux Sdn Bhd

VIZOFLUX

Pada 1 Ogos 2017, Staf Penerbit UPM telah mengadakan Lawatan Kerja ke Syarikat Vizoflux Sdn. Bhd. di D-50-2 Zenith Corporate Park, Jalan SS 7/26, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor. Lawatan disertai 10 orang staf terdiri daripada Seksyen Reka Bentuk dan Media Kreatif dan Seksyen Pemasaran. Lawatan ini bermula jam 9.00 pagi dan rombongan ini telah disambut oleh pihak Syarikat Vizoflux yang diketuai oleh Encik Hafez Alias selaku wakil organisasi dan juga Pengerusi Syarikat. Pada peringkat awal peserta rombongan ditempatkan di ruang legar syarikat untuk diberi penerangan ringkas mengenai organisasi keseluruhannya. Seterusnya peserta dikenalkan dengan beberapa orang staf dan peranan mereka dalam organisasi. Peserta kemudiannya di bawa ke bilik Visual Studio dan Visual Audio. Disini, peserta di terangkan bagaimana proses menyunting video dan audio  “online’ dan “offline” di laksanakan termasuk perkakasan yang di gunakan dalam proses penyuntingan. Selain itu juga, peserta juga di beri peluang melihat hasil brain-storming seperti story board, sketches dan draf video.

 

Lawatan ini berakhir dengan sesi foto bersama kru Vizoflux pada jam 12.00 tengahari. 

Tarikh Input: 04/08/2017 | Kemaskini: 04/08/2017 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698851
0397693623
B1566085748