Lawatan Kerja Ke Kumpulan Karangkraf, Shah Alam, Selangor | PENERBIT UPM
» BERITA » Lawatan Kerja Ke Kumpulan Karangkraf, Shah Alam, Selangor

Lawatan Kerja Ke Kumpulan Karangkraf, Shah Alam, Selangor

Group PhotoPada 10 April 2017, Staf Penerbit UPM telah mengadakan Lawatan Kerja ke Kumpulan Karangkraf di Shah Alam, Selangor . Lawatan disertai 15 orang staf dari Seksyen Reka Bentuk dan Media Kreatif, Seksyen Editorial dan Seksyen Pemasaran. Lawatan ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga ke jam 12.00 tengahari. Rombongan ini telah disambut oleh pihak Kumpulan Karangkraf yang diketuai oleh Encik Hashim selaku wakil organisasi. Pada peringkat awal peserta rombongan ditempatkan di dewan taklimat untuk diberi penerangan ringkas tentang organisasi keseluruhannya. Seterusnya peserta dibawa melawat ke Bahagian Editorial termasuk Bahagian Akhbar Sinar, Bahagian Rekabentuk, Bahagian Fotografi dan akhirnya ke Bahagian Percetakan. Proses percetakan terbahagi kepada dua bahagian iaitu, Print on Demand (Digital) dan Conventional Printing (off set machine). Bahagian Percetakan ini diuruskan oleh anak syarikat Kumpulan Karangkraf iaitu Ultimate Print Sdn Bhd. Pelbagai mesin cetak yang canggih dari Jepun, Korea dan juga German telah digunakan di sini termasuklah mesin cetak 4 warna hingga 6 warna. Disamping itu juga Bahagian ini dilengkapi dengan mesin melipat, creasing dan juga mesin binding. Organisasi ini lengkap dari segi kemudahan percetakan dan penerbitan. Di akhir lawatan, peserta telah diberikan diskaun khas bagi membeli bahan terbitan yang dijual di Karangkraf Mall.

Tarikh Input: 27/04/2017 | Kemaskini: 09/05/2017 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
SXEUHAw~