SERDANG, 19 Mei – Tahniah diucapkan kepada tiga warga Pusat Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM) atas pengiktirafan yang diterima pada Majlis Gemilang Putra (MGP) 2026 yang berlangsung di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Abdul Aziz Shah, UPM.
Noor Sholihah Mohamed Daud telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 bagi Kategori Gabungan Entiti Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) sebagai pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi dan prestasi cemerlang beliau dalam melaksanakan tugas serta menyumbang kepada kecemerlangan universiti.
Dalam majlis yang sama, Puan Dianna Watty Ibrahim dan Puan Sahariah Abdol Rahim @ Ibrahim menerima Anugerah Bakti Putra, iaitu anugerah yang diberikan kepada pegawai yang telah berkhidmat selama 30 tahun dan ke atas di UPM. Pengiktirafan ini melambangkan penghargaan universiti terhadap kesetiaan, dedikasi dan sumbangan berterusan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan.
MGP merupakan platform penghargaan tahunan UPM bagi mengiktiraf warga universiti yang menunjukkan kecemerlangan dalam pelbagai aspek perkhidmatan serta menyumbang kepada pembangunan dan reputasi universiti.
Seluruh warga Pusat Penerbit UPM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima anugerah atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga pengiktirafan yang diterima menjadi inspirasi kepada seluruh warga universiti untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti.
Tarikh Input: 06/06/2026 | Kemaskini: 06/06/2026 | marlina_is

Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Bin Hameed Sultan
Pengarah
Penerbit Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM, Serdang Selangor