Jurnal UPM Raih Anugerah Utama MAPIM | PENERBIT UPM
» BERITA » Jurnal UPM Raih Anugerah Utama MAPIM

Jurnal UPM Raih Anugerah Utama MAPIM

 

PUTRAJAYA 27 Jun - Jurnal UPM, Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, meraih anugerah utama di Majlis Anugerah MAPIM-KPM 2018 yang berlangsung di Putrajaya Marriott Hotel.

 

Anugerah tersebut dimenangi oleh Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM, Prof. Madya Dr. Abdul Rahim Abdul Samad, Nur Syafiqah Abdul Rahim, Mohd Johari dan Tanaka menerusi pencalonan makalah bertajuk “An Economic Valuation of Urban Green Spaces in Kuala Lumpur City” bagi kategori Makalah Jurnal Terbaik Kemanusiaan dan Sains Sosial.

 

Pemenang menerima hadiah berupa wang tunai, plak dan sijil yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Puan Teo Nie Ching yang turut merasmikan majlis tersebut mewakili Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr. Maszlee Malik.

 

Penerbit UPM selaku penerbit jurnal tersebut turut menerima wang tunai, plak dan sijil.

 

Yang turut hadir ke majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof. Dr. Zulkifli Idrus dan Ketua Pengarang Eksekutif Pertanika, Prof. Dato’ Dr. Abu Bakar Salleh.

 

Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) adalah sebuah badan yang bergiat aktif dalam pembangunan bidang penerbitan ilmiah dan saintifik di Malaysia. Ahlinya seramai 33 yang terdiri daripada semua penerbit Universiti Awam, pusat penyelidikan di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka dan ahli bersekutu.

 

MAPIM mengambil inisiatif untuk mengiktiraf dan menghargai usaha para ilmuwan dan karyawan dalam kalangan ahli MAPIM dengan menganjurkan Anugerah MAPIM ini.

 

Kategori lain yang turut dipertandingkan adalah Kategori Anugerah Buku Terbaik (i) Kemanusiaan & Sains Sosial, dan (ii) Sains, Teknologi & Perubatan; Kategori Anugerah Makalah Jurnal Terbaik Sains, Teknologi & Perubatan; Kategori Anugerah Editor Naskhah Terbaik (i) Kemanusiaan & Sains Sosial dan (ii) Sains, Teknologi & Perubatan; Kategori Anugerah Buku Ilmiah Popular; Kategori Anugerah Karya Suntingan dan Kategori Reka Bentuk Buku Terbaik.

 

 

Tarikh Input: 05/07/2019 | Kemaskini: 05/07/2019 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698851
0397693623
B1566086309