Pusat Penerbit UPM telah menyertai Jualan Pesta Buku & Kopi X Penerbit UKM anjuran Penerbit UKM dengan Kerjasama UKM Holdings Sdn. Bhd. Program ini telah diadakan di Dewan Sutera, Kolej Ibu Zain, UKM pada 12 hingga 15 Januari 2023 dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Meriah dengan pelbagai jualan buku, program yang turut disertai oleh semua penerbit di bawah MAPIM ini juga diserikan dengan pelbagai aktiviti lain seperti Program Bicara Penulisan Ilmiah dan Kecemerlangan Akademik serta Republika Merah.
Tarikh Input: 28/02/2023 | Kemaskini: 28/02/2023 | marlina_is
Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Bin Hameed Sultan
Pengarah
Penerbit Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM, Serdang Selangor