Jerayawara Penerbitan Di Fakulti Dan Institut UPM Bermula Februari Hingga April 2025 | PENERBIT UPM penerbit
» BERITA » Jerayawara Penerbitan di Fakulti dan Institut UPM Bermula Februari Hingga April 2025

Jerayawara Penerbitan di Fakulti dan Institut UPM Bermula Februari Hingga April 2025

Serdang, 11 Mac 2025 – Pusat Penerbit Universiti Putra Malaysia (PPUPM) telah menganjurkan sebuah siri Jerayawara Penerbitan yang akan berlangsung di seluruh fakulti dan institut di Universiti Putra Malaysia (UPM) bermula Februari hingga April 2025.

Antara objektif utama jerayawara ini adalah untuk memberi penerangan mengenai proses penerbitan buku ilmiah di PPUPM, proses penerbitan jurnal Pertanika dan prosiding, garis panduan penyediaan manuskrip serta penerbitan buku daripada tesis. Selain itu, program ini juga menyediakan sesi soal jawab berkaitan penerbitan bersama pensyarah dan penyelidik yang berminat untuk menerbitkan karya ilmiah mereka.

Setakat 11 Mac 2025, siri Jerayawara Penerbitan ini telah berlangsung di Fakulti Pengajian Pendidikan, Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2), Institut Biosains dan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar.

PPUPM berharap agar program ini dapat memberi manfaat kepada ahli akademik di UPM, khususnya dalam meningkatkan pemahaman mereka mengenai prosedur penerbitan ilmiah. Selain itu, program ini juga diharap menjadi platform bagi pensyarah dan penyelidik untuk mendapatkan maklumat secara langsung daripada pihak Pusat Penerbit mengenai proses penerbitan.

Tarikh Input: 18/03/2025 | Kemaskini: 18/03/2025 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3606
00000000
X, (05:20:47am-05:25:47am, 11 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]