Buku Penerbit UPM Raih Anugerah Buku Negara 2019 | PENERBIT UPM
» BERITA » Buku Penerbit UPM Raih Anugerah Buku Negara 2019

Buku Penerbit UPM Raih Anugerah Buku Negara 2019

KUALA LUMPUR - Buku terbitan Penerbit UPM, Pembangunan Kontemporari Orang Asli oleh Prof. Madya Dr. Sarjit S. Gill dan Dr. Mohd Roslan Rosnon (Editor) daripada Fakulti Ekologi Manusia telah meraih anugerah Buku Umum Terbaik (kategori Komuniti/Kemasyarakatan) di Anugerah Buku Negara 2019 pada 1 April 2019.

Para pemenang menerima plak dan sijil yang disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, YB Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad pada Majlis Anugerah Buku Negara 2019 yang diadakan di Hotel Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur. Turut menghadiri majlis tersebut ialah Puan Kamariah Mohd Saidin, Ketua Penerbit UPM.

 

Anugerah Buku Negara dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara pada setiap tahun. Objektif anugerah tersebut adalah untuk mengiktiraf dan menghargai warga penulis tanah air serta memberikan suntikan dan galakan kepada para penulis, penerbit, editor buku dan pereka di seluruh negara.

 

Buku Pembangunan Kontemporari Orang Asli berharga RM48.00 boleh didapati di Penerbit UPM atau pembelian secara online (www.upmpress.com.my). Pembelian buku tersebut juga boleh dibuat di Reruai MAPIM, Dewan Tun Razak 3, Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 yang berlangsung dari 29 Mac hingga 7 April 2019.

Tarikh Input: 02/04/2019 | Kemaskini: 06/07/2020 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698855
0397693623
SXEaBAO~