Buku ‘Augmented Reality’ Pertama Terbitan Penerbit UPM | PENERBIT UPM
» BERITA » Buku ‘Augmented Reality’ Pertama Terbitan Penerbit UPM

Buku ‘Augmented Reality’ Pertama Terbitan Penerbit UPM

KUALA LUMPUR – Penerbit UPM buat pertama kalinya menerbitkan buku bercirikan ‘augmented reality’, Little Otus Visits the Classroom oleh Prof. Dr. Rahmita Wirza O.K. Rahmat daripada Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat dan tiga pelajar beliau iaitu Muhammad Azid Hussin, Sufi Firdaus Fakhrurrazey, dan Nur Athirah Hassan Basri.

 

Sesi demo English Fun with Little Otus telah diadakan di Reruai MAPIM, Dewan Tun Razak 3, Putra World Trade Centre (PWTC) pada 6 April 2019 sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 (PBAKL). Sesi selama sejam yang bermula dari pukul 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari menampilkan tiga pengarang buku tersebut iaitu saudara Sufi Firdaus Fakhrurrazey, Prof. Dr. Rahmita Wirza O.K. Rahmat dan saudari Nur Athirah Hassan Basri. Sambutan yang diterima daripada pengunjung pesta buku amat menggalakkan terutama ibu bapa yang mempunyai anak kecil dari usia 3 hingga 6 tahun. Diskaun istimewa ditawarkan kepada pengunjung pesta buku pada hari berkenaan sahaja. Buku ini menggunakan app English Fun 2 yang boleh dimuat turun daripada Google Play.

 

Buku Little Otus Visits the Classroom sesuai untuk kanak-kanak prasekolah yang ingin mempelajari bahasa Inggeris dengan cara yang lebih mudah dan menghiburkan. Kanak-kanak boleh melakukan aktiviti mewarna gambar, membaca cerita dan menyanyi. Naskhah buku ini berharga RM21.00 boleh didapati di Penerbit UPM atau pembelian secara online melalui disini

Tarikh Input: 09/04/2019 | Kemaskini: 10/04/2019 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698851
0397693623
B1566086585