Bengkel Permurnian Buku Helang Samudera: Perisai Maritim Negara | PENERBIT UPM
» BERITA » Bengkel Permurnian Buku Helang Samudera: Perisai Maritim Negara

Bengkel Permurnian Buku Helang Samudera: Perisai Maritim Negara

Serdang, 12 Mac 2025 – Sebuah bengkel permurnian buku bertajuk Helang Samudera: Perisai Maritim Negara telah diadakan dari 10 hingga 12 Mac 2025 di Bilik Mesyuarat Pusat Penerbit Universiti Putra Malaysia (PPUPM). Bengkel ini melibatkan perbincangan antara ahli jawatankuasa penerbitan di PPUPM dengan Tuan Leftenan Ahmad Aizat bin Mohd Zamri, wakil daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memperhalusi dan memurnikan kandungan buku Helang Samudera: Perisai Maritim Negara yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Buku ini memberi gambaran menyeluruh tentang peranan APMM sebagai perisai maritim negara. Buku ini juga memberi fokus kepada cabaran-cabaran yang dihadapi oleh APMM dalam menjalankan tanggungjawab penguatkuasaan di perairan Malaysia serta kejayaan-kejayaan dalam meningkatkan keselamatan maritim.

 

Tarikh Input: 18/03/2025 | Kemaskini: 18/03/2025 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3606
00000000
X, (04:52:00pm-04:57:00pm, 04 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]