Bengkel Khas Penerbitan Buku Polis Diraja Malaysia | PENERBIT UPM
» BERITA » Bengkel Khas Penerbitan Buku Polis Diraja Malaysia

Bengkel Khas Penerbitan Buku Polis Diraja Malaysia

Kuala Lumpur, 17 Julai 2024 - Satu bengkel khas penerbitan buku telah dianjurkan oleh Yayasan Penerbitan Buku Negara (YPBN) dan Pusat Penerbit UPM (PPUPM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur pada 15 Julai 2024. Bengkel yang berlangsung bertujuan untuk meningkatkan kualiti penerbitan buku bertajuk PDRM: Sejarah Penubuhan, Pengorbanan, dan Kejayaan dalam Mengekalkan Keamanan Negara

Bengkel ini memberi tumpuan kepada proses penerbitan buku termasuk penulisan, penyuntingan dan reka letak. Peserta bengkel berpeluang untuk berdiskusi dengan pakar penerbitan dari YPBN dan PPUPM yang turut hadir memberikan bimbingan serta panduan khusus untuk memperbaiki proses penerbitan buku tersebut.  Inisiatif ini juga menunjukkan komitmen PDRM dalam mengembangkan keupayaan intelektual pegawai dan anggotanya, serta memperkukuh hubungan kerjasama dengan institusi pendidikan dan penerbitan negara. Melalui bengkel ini, diharapkan buku yang diterbitkan dapat memberikan manfaat yang lebih besar kepada pembaca dengan menampilkan sejarah, pengorbanan, dan kejayaan PDRM dalam mengekalkan keamanan negara.

Tarikh Input: 19/07/2024 | Kemaskini: 19/07/2024 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3606
00000000
X, (11:24:10pm-11:29:10pm, 31 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]