Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 TAHUN 2026 | PENERBIT UPM penerbit
» BERITA » Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 TAHUN 2026

Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 TAHUN 2026

19 Mei 2026, Serdang – Pusat Penerbit, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya melaksanakan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2015 yang berlangsung selama dua hari pada 18 dan 19 Mei 2026.

Audit ini bertujuan untuk menilai kepatuhan Pusat Penerbit terhadap standard, prosedur, arahan kerja, garis panduan, perundangan dan pekeliling yang ditetapkan. Selain itu, ia berfungsi sebagai platform untuk menyalurkan input serta cadangan penambahbaikan, sekali gus memastikan kesediaan Pusat Penerbit menghadapi audit penuh oleh pihak SIRIM yang dijadualkan pada Ogos 2026.

Sesi audit tersebut diketuai oleh Dr. Suhyna Mohamad Sulaiman dari Pusat Kesihatan Universiti selaku Ketua Juruaudit Dalaman, dan dibantu oleh lima orang Juruaudit PTJ bagi memastikan semakan skop dilakukan secara terperinci. Sementara itu, Mesyuarat Pembukaan dan Penutupan Audit telah dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Penerbit, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Haji Hameed Sultan, FASc., dengan kehadiran kedua-dua Timbalan Pengarah serta Ketua Seksyen yang berkaitan.

Secara keseluruhannya, Dr. Suhyna Mohamad Sulaiman menzahirkan rasa puas hati terhadap pelaksanaan QMS di Pusat Penerbit. Beliau memberikan maklum balas positif, khususnya terhadap kejelasan input daripada Pengarah mengenai pelan strategik dan hala tuju Pusat Penerbit. Beliau turut memuji kesungguhan serta komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh seluruh warga kerja sepanjang audit berlangsung. Segala teguran dan Peluang Penambahbaikan (OFI) yang diutarakan akan diambil tindakan segera bagi memantapkan lagi operasi Pusat Penerbit agar sentiasa berada pada tahap terbaik.

  

 

Tarikh Input: 21/05/2026 | Kemaskini: 21/05/2026 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3606
00000000
X, (10:38:40am-10:43:40am, 25 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]