AUDIT DALAMAN QMS 9001:2015 PUSAT PENERBIT UPM 2024 | PENERBIT UPM
» BERITA » AUDIT DALAMAN QMS 9001:2015 PUSAT PENERBIT UPM 2024

AUDIT DALAMAN QMS 9001:2015 PUSAT PENERBIT UPM 2024

Audit Dalaman QMS 9001:2015 Pusat Penerbit UPM telah diadakan pada 5 hingga 6 Jun 2024 bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Sesi audit ini diketuai oleh Puan Fadzlina Amir Shapuddin dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM bersama empat orang juruaudit Pusat Penerbit UPM iaitu Puan Herzadawati Mohd Amjah, Encik Md Fairus Ahmad, Puan Dianna Watty Ibrahim dan Puan Nur Ain Jumari.

Ucapan pembukaan audit disampaikan oleh Encik Arafat Mashhuri Awang selaku Ketua Bahagian Pusat Penerbit UPM dan diteruskan dengan sesi pengenalan ringkas mengenai skop audit oleh juruaudit, serta sesi audit ditutup pada 6 Jun 2024 pukul 4.00 petang.

Tahniah kepada semua warga Pusat Penerbit UPM yang memberikan komitmen dan kerjasama yang tinggi semasa perjalanan audit dilaksanakan dan diharapkan audit ini dapat menambah baik perkhidmatan dan memberi sumbangan kepada peningkatan prestasi Pusat Penerbit UPM.

Tarikh Input: 10/06/2024 | Kemaskini: 10/06/2024 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3606
00000000
W, (03:51:13am-03:56:13am, 20 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]