1st Postgraduate Symposium 2026 | PENERBIT UPM
» BERITA » 1st Postgraduate Symposium 2026

1st Postgraduate Symposium 2026

1st Postgraduate Symposium 2026: Menyemarak Penyelidikan dan Pelibatan Antarabangsa

1st Postgraduate Symposium 2026 julung kalinya diadakan selama tiga hari bermula 12 Mei 2026, bertempat di Auditorium Rashdan Baba, Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan Putra Business School, atau lebih dikenali sebagai White House dalam kalangan warga universiti. Simposium ini menjadi platform perbincangan ilmiah multidisiplin. 1stPGSYM26 anjuran Pusat Penerbit UPM (PPUPM) ini memberi ruang buat para penyelidik untuk berkongsi dapatan kajian sebelum penyelesaian akhir disertasi. Majlis perasmian disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Zamberi Sekawi bersama-sama YBhg. Prof. Dr. Azmawani Abd Rahman dan Pengerusi Simposium, YBhg. Profesor Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Hameed Sultan. Seramai hampir 500 pembentang dan peserta dari pelbagai negara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei, Filipina, Bangladesh, Australia, Sri Lanka, Nigeria dan Thailand telah berjaya dihimpunkan Ucaptama disampaikan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Jayum Jawan dan Prof. Ir. Dr. Shahrum Abdullah memberikan pandangan bernilai untuk menggalakkan perbincangan ilmiah melangkaui bidang ilmu yang menjadi nadi simposium ini. 

Hari Kedua: Memajukan Kecemerlangan Penerbitan

Penumpuan pada hari kedua terhadap amalan penerbitan berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) PPUPM di bilik-bilik kuliah. Simposium ini menjadi peluang  mendapatkan bimbingan penulisan akademik dan penerbitan makalah kerana penerbitan berwasit merupakan antara syarat wajib bergraduat bagi pelajar pascasiswazah. Penceramah jemputan yang disegani, termasuk YBhg. Datuk Prof. Kol (K) Dr. Awang Azman Awang Pawi dan YBhg. Dato’ Prof. Dr. Sivamurugan Pandian manakala YBhg. Profesor Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq bin Hameed Sultan dan Profesor Madya Dr. Md Kamal Uddin telah berkongsi pandangan praktikal mengenai penyediaan manuskrip dan penerbitan dalam jurnal terkemuka. Kesemua sesi bertumpu ini membantu pencapaian akademik pelajar pascasiswazah di samping membantu penjanaan pendapatan serta meningkatkan keterlihatan PPUPM.

Hari Ketiga: Memupuk Inovasi dan Penerbitan Masa Hadapan

Hari terakhir simposium iaitu 14 Mei 2026 telah menampilkan sesi ucaptama dan bengkel yang tertumpu pada penerbitan berpusatkan aplikasi praktikal.  YBhg. Prof. Dr. Md. Mustafizur Rahman dan YBhg. Prof. Dr. Md. Zahangir Alam menekankan strategi penting untuk menghasilkan penyelidikan yang berimpak tinggi. Dalam pada itu, Dr. Stephanie Chuah Hui Wen, Profesor Madya Dr. Nik Ahmad Sufian Burhan, Profesor Dr. Kashif Hussain, Dr. Puvaneswaran a/l Kunasekaran dan Dr. Shahrina Ismail telah memberi ceramah mengenai panduan praktikal tentang cara menukar bab tesis kepada kertas akademik berkualiti tinggi secara  mendalam. Melalui pewujudan saluran penghantaran manuskrip yang kukuh dan berterusan, simposium ini melabuhkan tirai dengan jayanya sekali gus mengukuhkan lagi peranan Pusat Penerbit UPM sebagai platform dinamik yang mampan untuk penerbitan akademik dan kecermelangan penyelidikan antarabangsa.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan simposium yang julung kali diadakan ini!

 

Tarikh Input: 29/05/2026 | Kemaskini: 29/05/2026 | marlina_is

PERKONGSIAN MEDIA

PENERBIT UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 3606
00000000
X, (06:38:20am-06:43:20am, 01 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]