Selamat datang ke Isu Khas terbitan kedua Jurnal Sains dan Teknologi (PJST). PJST merupakan jurnal akses terbuka untuk kajian Sains dan Teknologi yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM Press). Editor jemputan ialah Dr. Mastura Mohammad Taha dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Terbitan khas ini meneroka potensi bahan bio-komposit dengan mengkaji keberkesanan integrasi sistem ekologi, pertimbangan ekonomi, dan faktor sosial untuk mencapai reka bentuk dan proses pembuatan yang mapan. Terbitan khas ini juga merangkumi kemajuan terkini dalam proses pembuatan dan teknologi. Semua artikel yang diterbitkan dalam isu ini telah menjalani tinjauan semula setara yang ketat oleh dua pengulas dalaman Pertanika dan pengulas luaran.
Klik disini untuk maklumat lanjut
Tarikh Input: 05/08/2024 | Kemaskini: 05/08/2024 | marlina_is

Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Bin Hameed Sultan
Pengarah
Penerbit Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM, Serdang Selangor