Kami berbesar hati mengumumkan penerbitan isu ketiga 2024 Pertanika Journal of Science and Technology (PJST). PJST merupakan jurnal akses terbuka dalam bidang sains dan teknologi yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM Press). Isu ini mengandungi 25 artikel, iaitu empat artikel ulasan dan selebihnya artikel biasa. Penulis artikel terdiri dari pelbagai negara seperti Afghanistan, Indonesia, Iraq, Japan, Kingdom of Saudi Arabia, Malaysia, Nigeria, Palestine, Philippines dan United Arab Emirates. Semua artikel yang diterbitkan dalam isu ini telah menjalani tinjauan semula setara yang ketat oleh dua pengulas dalaman Pertanika dan pengulas luaran.
klik sini untuk maklumat lanjut
Tarikh Input: 03/05/2024 | Kemaskini: 03/05/2024 | marlina_is
Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Bin Hameed Sultan
Pengarah
Penerbit Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM, Serdang Selangor