Kami berbesar hati mengumumkan penerbitan isu keempat 2023 Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities (PJSSH). PJSSH merupakan jurnal akses terbuka dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM Press). Isu ini mengandungi 15 artikel, iaitu satu artikel ulasan, satu kajian kes dan selebihnya artikel biasa. Penulis artikel terdiri dari pelbagai negara seperti China, Indonesia, Iran, Kazakhstan, Korea, Malaysia, Nigeria, Thailand dan United Kingdom. Semua artikel yang diterbitkan dalam isu ini telah menjalani tinjauan semula setara yang ketat oleh dua pengulas dalaman Pertanika dan pengulas luaran. Dalam tempoh 12 bulan yang lalu, sebanyak 9% manuskrip yang melalui proses tinjauan setara telah diterima. Ini merupakan trend dalam PJSSH.
Klik disini untuk butiran lanjut
Tarikh Input: 13/12/2023 | Kemaskini: 13/12/2023 | marlina_is
Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Bin Hameed Sultan
Pengarah
Penerbit Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM, Serdang Selangor